Friday 23 December 2011

drama hindustan =..=

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Agak lama tak update. Ade banyak benda nak cerita. Tapi aku rase aku nak update pasal ni dulu!

Tersebutlah kisah,hari ini merupakan 23/12/2011. Hari ni aku bangun tidur agak awal. Perasaan nak mandi pagi aku membuak-buak. Tapi roomate mandi agak lama membuatkan aku meronta-ronta untuk lagi tak sabar nak mandi.

Hari ni merupakan hari ORAL TEST for Mandarin. Jadi setelah bertungkus-lumus menghafal malam tadi, aku teruskan menghafal sampai lah waktu aku menunggu bas untuk ke kelas. Antara petikan hafalan aku:

ni hao! wo jiao Nadira Aqilah,jin nian shi jiu sui.
 Wo lai zi Pili. Wo you si ge xiong di jie mei. 
Wo de ba ba shi yi ming gongwuyuan he ma ma shi jia ting zhufu. 
Mu qian wo jiu du yu Malaixia Dun Hu Xian Weng Daxue. 
Wo de ai hao shi ting yuyue!

HAHA! Okayy..ni takde kene mengene. Aku nak cite lain. Ha. Pagi tu,bas pun sampai. Aku pun naik la. Duduk depan sekali. Seat belah kiri. Yard duduk kat tepi tingkap and aku sebelah Yard. Depan seat kitorang ni ada penghadang. So kalau nak naik tangga bas,orang akan pegang penghadang yang ada besi untuk pegang tu. Haa!! Penghadang ni la menyebabkan cerita hindustan start dalam bas!

Bas tadi pack gila dengan student. Sampai dah dekat tangga dah student berdiri. Muatan sangat pack! Lalu, sudah pasti yang di hadapan berdiri takde tempat duduk tu lelaki! Hmm... Aku memang tak pandang langsung lah. Aku duduk dalam bas tu,aku pandang belah kiri je tengok pemandangan luar. Sambil-sambil tu, berlatar belakangkan bunyi enjin bas,aku berborak dengan Yard sementara nak ke kampus tu.

Kisah ini bermula dari penghadang. Seterusnya kepada Mamat Baju Coklat Seluar Hitam Specky Rambut Wavy Tinggi! Dia pegang penghadang tu. Sebagai pembantu dia untuk tahan inertia bas tu. Dah memang takde tempat dh nk pegang. Sebab smua pemegang orang lain dh pegang. Jadi dia hanya ada besi kat penghadang tu. Oh lupa nak bagitau. Penghadang tu pula sebenarnya macam dh nak tercabut tau! Dah goyang2 ke depan ke belakang. Tinggal tunggu nak tercabut je!

Yang Si Baju Coklat Seluar Hitam tu pegi pegang situ. Aku pun buat tak heran jelah! Sekali entah macam mane,nak dijadikan cerita hindustan..pakcik tu brake bas tu secara tiba-tiba!!!! And dia entah macam mane TERJATUH ATAS AKU! TERDUDUK ATAS RIBA AKU!!!! 

Aku yang dari tadi khusyuk menyembang tiba-tiba terkejut badak rasa macam nak koma!!!! SANGAT SERAM!! Nasib baiklah aku ni species yang kalau naik bas, aku akan letak beg atas riba. Jadi,laki tu jatoh atas riba aku berlapik kan beg aku yang hanya berisikan SEBUAH BUKU DAN PENCIL BOX! =.='

Dia jatuh sikit baik punya posing dia tau tak!! Amboih. HAHA! Sebelah ponggong dia kena betul-betul atas peha aku. Sebelah lagi berlapik dengan beg! HAHA! Macam bangang gila vavi!!! Dia macam dah terduduk tu,lepas tu dia terkapai-kapai nak cari pemegang nak bangun balik!!! WAKAKA! Aku waktu dia jatuh tu, badan aku dah menyenget sambil aku dh tutup2 muka dah kot-kot ape benda lain plak jadi! =.='

Lelaki-lelaki yang berdiri tu capai tangan dia. Pastu dia bangun!! Pffft!!! Aku tak pandang dia langsung!! And you know what? Aku usaha tahan gelak tapi tak mampu! Yard dah gelak macam haremss dah kat tepi and aku dah rasa macam nak bunuh diri! Sudahnya aku tergelak jugak. TAPI! Laki tu tak pandang aku langsung!! EVEN NO SORRY pun!! Aku faham dia MALU! HAHA!

Lepas je dia bangun,memang aku asyik pandang tingkap kiri jelah. Pastu buat slumber smbung balik borak. Padahal,hati ni dah menggeletek2 nak gelak+rasa cam nak bagi penyepak walaupun aku tau dia tak sengaja!! Lepas tu,dah sampai kampus, dia turun dulu. Okay! Aku intai dia dari atas. Oh melayu. I tot Chinese sebab cerah. Tapi still tak nampak muka!

..............................

Balik dari kelas, aku pun naik la bas. Aku langkah je kaki naik tangga bas,terdengar bunyi "Pffffffffffffftttttt!!!!"
Aku terus pandang belah kiri! Si Baju Coklat Seluar Hitam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku yang tiba2 malu!!! Dia tergelak-gelak sambil tu nyorok-nyorok muka dekat tingkap!!! Dia tak pandang aku langsung!!!!

Dalam bas tu,aku plak berdiri kat belakang. Dia plak duduk depan skali. Aku perhati je dia sampai la sampai hostel! Dalam hati aku ni, "ooo...dah la tak cakap sorry pn! Pastu nak main nyorok-nyorok muka ngan aku ye! Aku cam lah rambut kau yang pendek wavy tuuuuu!!!" 

Time nak turun bas tu, aku kan berdiri. Usually yang berdiri turun dulu baru yang duduk. Tapi dia,dah tak sempat-sempat dah. Dia tolak kawan dia suruh keluar cepat-cepat. Nak elak dari aku la tu!! 

Kawan-kawan aku cakap dia jodoh aku! =.=' Hari ni Jumaat and slalunya apa yg orang cakap termakbul katanya. Tapi aku pun tak kisah. Dia pun not bad whaaaaaatttt. :3

HAHA!! Yang pasti,aku rasa benda ni kelakar gila! Lelaki jatuh atas perempuan! Pfffft. Cara dia jatuh siap kaki terangkat dengan tangan terkapai-kapai tu lagi buat aku rasa KELAKAR!!! And lagi satu, Yard cakap punggung dia besar. HAHA! Aku tengok leper je. pffft! 

p/s: Kalau awak yg berbaju coklat seluar hitam sedang membaca,maaflah. Ini kenangan buat saya! WAKAKA! 

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye

   

Monday 5 December 2011

Ombak Rindu

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Hai readers! Kawan2 yang setia baca, kawan2 yang tak penah bace, HELLO! Aku kembali semula buat kali pertama dalam bulan Disember! Sorry lah sebab lame gila tak update blog. Bukannya BUSY pun aku ni. Cuma,aku sibuk dengan benda-benda karot. Cam tengok movie, layan fesbuk, makan, tido! Tu je pun. Homework?? Oh aku takde homework. Kalau ada pun,aku dah siap awal. Kalau ade pun, kadang-kadang aku buat taktau,dah nak anta baru aku buat! Okay fine! Aku memang pemalas kat sini. So what??

Okay. Aku taknak rosakkan mood aku. Plus,korang nampak kan tajok entri aku kali ni??



Aku nak promote crite ni kat korang. Pegi la tengok bagi yang tak tengok lagi. Memang la agak banyak scene yang sensed mensed! HAHA. *sensored okeh* Kalau agak2 nak bawak budak2 kecik tu,tak payah kot. Kalau nak bawak jugak, p tengok Puss In Boots 3D tu! HAHA! 

Crite ni serius best aku cakap kt korang! Aku ni berjiwa sensitip sikit. So,aku memang asik meraung lah tengok filem ni. Siap dengan dia punye lagu yang menusuk kalbu tu kan! HAHAH! Aku memang over sikit kalau crite sedih2 camni. 

Setiap part dalam cerita ni menarik bagi aku. Ada yang cam klakar, ada yang menyampah, ada yang sedih.. Okay..agak kelakar sebab aku nangis,menitik2 air mata,sampai tudung dah boleh kena perah! HAHA. *okay ni aku tipu* HAHA. Tapi, yang pasti aku memang nangis terok.

Aku keluar panggung je,aku rasa ngantok! Okay,itu tandanya,mata aku berat! Masok toilet..mata sepet!!! HAHAHA! Power betul crite ni smpai terok cam tu aku nangis. HAHA. 

Sekarang, aku rasa cam nak tengok lagi cerita tu! And kalau boleh aku nak tengok weekdays! Sebab slalunye weekday orang tak ramai kan... Aku ingat aku nak pegi tengok lagi,pastu cari seat jauh2 dari orang. Pastu nak nangis sorang2 puas2. HAHA! Over tak bunyi dia??? HAHAH!! Aku rasa memang over! HAHA!

Kenapa aku boleh nangis terok ha tengok cite tu?? Bukannya aku ada boifren pun. Bukannya aku punya jalan hidup sama macam watak si Izzah tu pun. Oh aku lupa. Aku memang macam ni. Aku tak boleh tengok orang nangis,cerita sedih ke ape. Aku tengok Bersamamu pun aku nangis. =.=' HAHA! 

p/s: Bagi yang plan baru nak tengok tu,nanti sediakan tuala okay! Tisu tak cukup! HAHA!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye