Wednesday 28 September 2011

goyang duyu!!

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Goyang duyu merupakan lagu yang dinyanyikan oleh Project Pop! OKAYY.... Kebanyakannya memang tak tau pekejadahnye GOYANG DUYU tu. Tapi aku percaya ade yg memang dh tau lagu ni Project Pop yg nyanyi. Pasal maksod dia...lagi lah aku tak tau kan! Duyu tu amende?? Ade sape2 tau?

Aku ni tau pasal lagu ni pun waktu aku orientasi hari tu. Diajak me'release'kan tensyen dengan menyanyi sambil menari dengan lagu goyang duyu ni. Diajar secara manual waktu tu sebab dah lewat malam sangat. Projector pun dah nk tutup tirai. Memang best la kan...

Nak tau,mase mula-mula ari tu aku nyanyi goyang PUYU tau! Maklum lah...bunyi lebih kurang je kan.. Tak kan la DUYU? Ape maksod DUYU?? Aku pun dengan slumber tak peduli kiri kanan,nyanyi sepenuh hati "Ayuh goyanggg puyuuu.." Banyak kali la jugak sampai aku rasa tak sabar nak tunggu hari esoknya buat tarian tu lagi. Nak cari kat youtube memang tak sempat la kan sebab minggu orientasi memang pack kan.

So...berbekalkan semangat yang kental lagi berkobar-kobar ibarat minyak menggelegak di dalam kuali, aku pun memang tunggu-tunggu saat refreshment GOYANG PUYU tu.. Walaupun dah lewat malam, aku masih bersemangat gara-gara si puyu ni. Tiba-tiba aku dengar fasi cakap goyang DUYU! OKAYY... Memang terang lagi bersuluh aku salah nyanyi ah semalam!! =.=''

Aku pun dengan penuh perasaan terpinga-pinga...aku assume bende tu GOYANG DO YOU!!! Duyu tu mungkin DO YOU kot... Kot bahasa omputih ke kan... Tak kisahlah janji bunyi dia sama! Sampai la ari last aku habis orientasi aku masih lagi tak dapat nak cari video goyang DO YOU tu!

Waktu lapang pun menerpa, tatkala kebosanan melanda, aku pun membuka laptop. Ku pasang broadband. Ku taip di ruang search kat youtube tu. GOYANG DO YOU!! Cari punye cari....TAKDE!! Eiii...payah pulak le eh! Last2 aku try taip GOYANG DUYU...baru TUBIK!! Laaa...aku cari lirik,lirik dia memang macam pelik2 lah. Tak tau la ape makne2 lirik tu. Yang penting...video klip dia best. Pegi kat aku punye music playlist tu,tekan button pause! Pastu tengok bawah ni! Korang patot tengok!


Korang try la nari... Best... rasa macam comel je.. HAHA!! Kalau rasa2 nak exercise yang relax2 punye style..tarian ni boleh kot.. Gerenti kurus jari!! Jom la kite ramai2 goyang duyu! Ganti poco-poco. :) Sambil nari buat muke gedik sikit. Rakam depan laptop,BB,iphone4 korang.. Pastu upload dalam youtube! Kalahkan si ruffle zieclair ni! HAHA. *klik kat nama tu* Tapi dia memang havoc la. HAHA. *lari topik dah Nad!* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye



Thursday 22 September 2011

I LOVE YOU BABIEY!!

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

'I love you babiey!' tajuk entri aku kali ni. Sila bayangkan bunga2 sakura turun dari langit sekarang... OKAY STOP!! Takyah lebih2! Ayat tu bukan sebab aku mabuk kepayang dilamun cinta ke hape... Bukan jugak ungkapan dari orang2 yang admire aku. *okay stop prasan Nad!*

-ILYSM- Amende tu??? Sebutan dia kalau bahasa baku lebih kurang "ILIZEM"! Bukan vandalism okay! Zaman skrang kan smua dah canggih manggih... So, every wordings pun kena bertuka menjadi canggih lagi manggih. It's a short form for "I LOVE YOU SO MUCH"!! Ungkapan ni kalau aku nak kira dari sari ke sari...memang aku rasa hari2 aku terjumpa ayat ni! Mostly kat FB lah aku TERjumpa! 

Ayat ni macam dah jadi satu perkara yang sinonim bagi smua orang aku rasa. Macam dah slalu sangat jumpa sampai rasa macam nak muntah darah banyak2 kali. Bukan sebab aku jeles korang mengungkapkan kata-kata ni sampai aku tibe2 nak pertikaikan pulak kan... *ko takde boipren takyah kecoh Nad!* Tapi kalau dah asik orang yang sama je yang post ayat2 macam tu kat status EFBI dia..korang sendiri paham-paham jela kan.

Camne nak cakap eh?? Kadang-kadang aku geleng-geleng kepala tengok status2 cam ni especially bila budak2 bawah umur yang update status macam tu. Bukan akak tak kasi atau tak suka korang nak bercinta... Nak bercinta tu gasak kau lah kan... Tapi ayat2 kau orang ni dah macam ayat-ayat 18SX!! "i love you fucking damn much like hell" la.... "babiey,ai sayang you sampai mati hidup smula slame 7keturunan" la... "i want to kiss and hold you tightly till no space for me to breathe" la.... Jadahnye.... Ish ish ish...

Kalau nak berasmaradana pun, perlu ke nak pampang kat PESBUK sampai nak bagi smua orang bace?? *memang tula tujuan dia,Nad!* Okay..WHATEVER! Bagi aku, kalau nak berkasih sayang tu, tak payah la nak over sangat kan... Ayat tu bia berlapis sikit lah. Tapi betul jugak eh? ILYSM tu dh kire berlapik la tu. Update kt wall boipren/gepren..tulis ILYSM. Mak ko kan ade FB. Mak ko tak tau maksod tu. Ko bodoh2kan mak ko cakap tu kod subjek bahasa Tamil pun mak ko percaya je... KAN?? ILYSM tu aku tak kisah sangat..

Eh aku geli lah tengok status korang yang penuh dengan nafsu tu. Yang jiwang karat sampai mata aku pun berkarat baca pun ada. *sape suruh ko bace Nad!* Dah dia update kt status dia lepas tu keluar kat homepage kita kan...mesti la ternampak. Kadang2 teringin jugak nak tau sejauh mana kehebatan+kehangatan cinta korang yang tengah meluap-luap membara-bara tu kan.

Aku tau...kalau sape2 yang terbaca lepas tu terasa macam tadi ade termakan sambal belacan, mesti dia akan dok muncung-muncung merungut-rungut sumpah seranah aku kan. "Dah takde boifren nak sebok jaga tepi kain orang. Kain sendiri pun tukang jahit yang ukur!!" OKAYY... Marah benor kamu ye, Kak Mah... Maaf lah... Tengok balik nama besar blog aku ni ape kan...

So di kesempatan ni, nak nasihat sikit lah pada korang2 yang tak habis2 nak bernafsu kt status korang tu.  Agak-agak rasa nak update sangat pun,sekadar bersederhana cukup lah.
 Contohnya :

 "selamat malam cinta hatiku awak. esok kita belajar matematik sama2 ye."
atau..
"saya nak cakap skali je kat wall awak. lepas ni saya akan ckp pada hari awk lafaz nikah pada saya. saya nak cakap yg saya cintakan awak."

Boleh pakai ke ayat2 aku tu?? Macam mintak penampo je plak kan?? HAHA! Sukati korang lah nak berkasih sayang macam mana pun. Aku cuma rasa nak tulis apa yang aku suka je. Sebab korang tak habis2 dok panggil boipren/gepren korang BABIEY kan... Saje spell macam tu.. Dah memang korang suka nak membabi2 ni. Buat lah apa korang suka... Aku kan suka memerhati... *sekali aku nampak ko update status cam smua tu...aku hempok ko ngan hammer Nad!!* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye


Tuesday 20 September 2011

kumpul memories

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Kali ni tiba2 aku nak sentuh pasal isu ni. Di mana..setiap orang mesti ada kisah-kisah silam. Tak kira la yang manis ke..yang pahit ke... EN?? Okay..'EN' bukan lah encik. Tapi EN adalah perkataan bagi orang yang tak reti nk sebut 'KAN'.

Secara peribadi, aku ada dua2 jenis kisah silam. Yang pahit ada, yang manis ada. Bohonglah kalau seseorang tu takde sikit pun kisah silam kan. Keselaluannya aku memang sangat suka kalau nak ingat balik kisah2 silam aku yang manis2. Sesungguhnya ia memang sangatlah SWEEEEEEET...


OKAYY... Loads of memories! Tak tersebut kalau nak tulis satu-satu pasal kisah silam aku EN! Cumanya...kalau bosan2 tu, aku akan flashback balik detik-detik aku bersama mereka-mereka yang tersenarai dalam carta hati aku. *FREINDS AND FAMILY for sure!!!!*

Alaaa... Kisah silam pasal boipren takde ke Nad??? Oh okayy...saya TAK PERNAH ADA BOYFRIEND!!! *kolotnya youuu!!* Semak lah kalau nak ingat pasal EX-boipren kan! Kalau nak ingat pasal secret admire pun lagi lah TAK kan.... Sape la nak minat kan... *ade ke secret admire pun... prasan je lebih!*

Hm..tak kisah lah korang dah tua berjanggut ke...dah empat lima kali kawin ke...dah bercucu cicit ke...kisah silam zaman kanak-kanak korang, zaman adolescence korang, zaman belia & sukan belia korang, kisah zaman berzaman korang...memang mesti takkan korang boleh lupa melainkan kalau korang tu dah NYANYUK!!!!!

Time is not actually gold. But it is actually life. TIME IS LIFE!! So, there's no such thing if you say you don't have time to create memories. If you say so....meaning you are going to die soon! Kata takde masa kan?? Kalau takde mase,tak lama lagi ko 'kioookk' la tu!

Aku bukan apa... Aku cakap ni pun sebab ada sesetengah yang bila tercampak ke pulau lain, dapat geng yang pangai tah pape, mesti dia teringat kat geng2 hometown dia yang jauh lebih happening. BETUL TAK?? Pastu bila dah macam tu, rasa cam kawan dengan geng baru ni pun cm tak de makna.. Jangan la sampai mcm tu. At least mesti ada kenangan korang dengan geng korang yang tah pape tu walaupun kenangan tu tak superb mane. Ye tak??

Di sini, aku nak ambik kesempatan untuk bagi sikit pesanan agar kalian2 hargai lah setiap detik yang korang ada ni supaya saat2 tu akan dijadikan satu koleksi memori yang tersemat dalam minda dan hati korang walaupun benda tu dah berkurun lama terjadi. Nama pun memori kan?? *takyah nak memori sangatlah Nad* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye

 

Wednesday 14 September 2011

TAK MAU PAKAI SPECK!!!

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Pagi tadi aku pegi check mata. Power mata kanan 1.75, mata kiri 1.50. Silau 0.5 dua2 belah. Kakak tu cakap aku dah WAJIB buat speck sebelum mata aku makin meneruk. *meneruk?? rosak tatabahasa kau Nad!*

Bila akak tu cakap aku kene pakai speck, tibe2 penglihatan mata aku gelap! OH MANNN... Wearing spectacles?? Pakai ceghmin mata??? Nok paka cemin mato??? TAK NAK!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bertudung dan berkaca mata?? Silap pilih speck boleh jadi macam muke cikgu dalam cite Kampung Boy tu. TAKNAKKKK!!!

puan hew!!

Tapi kali kedua petang tadi aku pegi lagi skali cek power belah kanan jadi 100, belah kiri 75 plak. Dah test dengan speck canggih sambil bace huruf2 yang di adjust2 kebesarannya, bila dibubuh glass yang ber'power',aku kabur dan tak jelas. HAHA. Kakak tu teros isytiharkan aku tak payah pakai speck. Aku mungkin penat dan mata aku tak cukup tido!! OH YES!!! Tros rasa nak terkam akak tu pelok sebab sronok takyah pakai!! HAHA.

OKAY OKAYYY...I need carrots!!! CARROT! Ataupun dalam bahasa Malaysia nya di panggil keret!! HAHA. Lobak merah...okay aku tau tu. Apa khasiat si lobak?? Kandungan vitamin A yang bagus untuk mata.

 

Kenapa aku perlukan carrot?? Bukan untuk kasi arnab makan... Arnab aku dah arwah... isk..isk.. Tapi untuk AKU makan!! Nak jaga mata!! Sebelum mata ni rosak,baik berjaga2 kan. On lappy pakai cermin mata itam. STYLO TAK??? HAHA!! Karot lah aku nak buat mcm tu kan! Memang TAK la! 

Bak kata Amanwan, yang pasal waktu kecik2 dia paksa mata dia rabun sebab dia rasa pakai speck nampak stylo,macho.. Macam tu jugak lah aku. Konon rasa stylo. Konon kan... Perspektif kolot aku zaman dulu2.

gedik ngelenyor
Padahal, apa sonoknya pakai speck??? Tak sonok langsung okay! Bila pakai tudung rasa buruk! Rasa kembang semangkuk! Arghhh! Mengganggu keluasan pandangan. Kepada korang2 yang saja2 gedik2 nk pakai speck walaupon tak ber'power', tak payahla.... Nanti mata tu rosak betul2, baru korang tau apa nikmatnya bercermin mata dengan tak. Satu nikmat penglihatan dah kene tarik walaupun bukannya buta. Tak best lah pakai speck der... 

Aku punya penat tak habis lagi sebenarnya. Mungkin la kot power aku tu tak menentu. Mesin tu tipu ke plak?? Takkan la kan. Aku perlukan waktu tidur secukupnya. Korang ingat tau! Jaga mata, jaga pandangan. HEHE! *pesanan jaga pandangan mmg elok sgt utk ko, Nad!* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye




Monday 12 September 2011

ORIENTATION WEEK

Assalmualaikum.
Salam silaturrahim.

Ini merupakan entri pertama aku untuk September ni. Rabu yang lepas, 7 September aku baru lepas daftar untuk Program Ijazah Sarjana Muda. So dah tentu lah lepas daftar tu ade orientasi kan. Lebih kurang 5hari lah ktorang berorientasi.

Hari pertama aku sampai kat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), macam takde prasaan sangat. Sronok tak, teruja tu adela sikit, takut pun tak! Errr...OKAYY! Nak melahirkan rasa tak puas hati bila smua budak Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat kena tuka hostel kat luar U. Spatotnya aku duduk hostel kat dalam! Yang dengar cite biliknya besar2 belaka,keselesaan yang sangatlah membahagiakan. And at last, budak2 fakulti aku kne pindah hostel luar.

Hostel luar tu rupanya best lah jugak. Bilik aku bilik paling besar dalam rumah tu. Oh beruntungnya. Syukur alhamdulillah... Dalam rumah ni ada tiga bilik. 9 orang dan stiap bilik ada 3 orang dilengkapi dengan sebuah bilik air di stiap bilik. Dan yang paling best,sebelah tingkap aku,tingkap budak laki! HAHA. Setakat ni mata aku dah tengok beberapa aksi tak senonoh. TAK SENGAJA OKAYY! Sape suruh tak tutup langsir!!

oren blok pompan
kuning blok laki.

Setiap orang diberi kupon makanan skali banyak yang dah siap2 tulis untuk makan bila. Dan.....AKU PUNYA KUPON HILANG!!! Ouh damn! Merata cari tak jumpa! Di mana kau OH KUPON! Time nk amik makanan,kakak tu mintak kupon. Yang takde kupon takleh amik makanan. Aku peduli ape. HAHA. Dapat jugak makan. YAY! *sadis gile bunyi!*

kt kolej kediaman


Waktu orientasi banyak refreshment abang tu ajar. And salah satunya GOYANG DUYU!!! Refreshment yang PALING AKU SUKA! 

OKAYY... Bila aku berpecah ngan housemates,aku sorang2. Tak kisah pun sebab aku tak heran pun. HAHA. So bile duduk sebelah,depan,belakang,orang yang aku tak kenal,aku pun macam tunggul duduk sorang2 sambil pasang telinga dengar cite2 mak jemah, cik limah dan sekutunya bercerita.

Cerita yang paling bulu telinga aku GELI nak dengar bile ade sorang minah ni dok tak habis2 nak cite pasal boyfriend. Bagi DOMO lah, bear besar lah, main angry bird lah, hadiahkan HELLO KITTY lah. Oh WHAT THE FISH???!!! Dulu slalu kluar sama2 lah, ape lah, macam2 lah! MELUAT lah MAKCIK! Mesti kawan dia yang dengar pun meluat. HAHA!!

Ade plak spesies yang cerita pasal kawan laki ramai ajak couple. Eh sial la!! Puiii!! *ayat abang long dil* OKAYY. Dia nak btau dia HOT youuu! You tak hot okayy. Dia je hot. Memang rasa macam nak tergelak pun ada bila dengar. Rasa cam kesian plak tengoknya. Ish ish ish.

Last day orientasi tu memang best lah! Ade larian kampus. Aerobik yang sangat syiok!

cik kak ni dah x sbr nk aerobik
Dan yang paling best waktu program LDK. Dibahagi kepada 100 kumpulan. Kumpulan aku ade 16orang. Game yang paling aku rasa kelakar tak hingat bile 4 kumpulan digabung. Pastu smua orang kene lukis muka sendiri guna tangan yang tak pernah korang guna untuk menulis. Lpas tu fasi kutip smua kertas,pastu pakai bagi je kat sape2. Yang laki ambik pompan punya, yang pompan amik laki punya kertas. Masa 5 minit je fasi bagi untuk ktorang guna cari sapa kah gerangan si manusia lukisan itu. Dan aku dapat ini kertas. 


First reaction aku, aku gelak gila2! TAKDE KENING!! HAHAHAHAH!! Memang klakar. Aku tanya siapa punya lukisan takde sape ngaku!! HAHA. Last2, ada satu apek ni punya lukisan rupenye.. HAHA. Muka dia serupa lah dengan lukisan. HAHA. 

Sepanjang sminggu orientasi ni memang sakit kaki lah. Kaki aku bengkak okayy. Rumah aku kat TINGKAT EMPAT OKAYY. Tangga je ada. Aku dah kurus kering. Siyes tak tipu! *jgn auta boleh tak??* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye