Sunday 30 October 2011

BLACK-part 2

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Hari yang dinanti-nanti telah tiba. Tapi, hujan yang teramat lebat dari petang sampai ke malam mematahkan semangat aku untuk ke campus. MALAS MELANDA!!! 

Tapi kemalasan itu malangnya tak bisa mematahkan semangat aku yang meluap-luap!! Aku agak lewat tadi sebab aku lambat bersiap. Bukan aku bersolek lama,tapi aku lambat mandi tadi. HEHEH.
mira,zihah,faezah,mimi,yad,aku

Sampai je di tempat sasaran, nak kata ramai tu,tak la ramai sangat. Tapi dah start dah. Okayy. Lupa nak btau ape pesta yang sedang berlaku malam tadi. "BATTLE OF THE BAND" namenye. Dah memang terang2 band,jadi,suasana dia sangat lah bising kan. HEHEH. Memang agak pelik sikit sebab dataran tu berhadapan dengan masjid UTHM. Jadi, memang pelik. Yang sini dok bising2 depan masjid pulak kan. Tapi takpelah. Dah kira ok la tu!

Tempat duduk ktorang dibahagi dua tau! Sebelah kanan hadap pentas tempat perempuan, sebelah kiri hadap pentas tempat lelaki. HEHEH. Tengah2 tempat ahli keluarga...dan juga juri. Okay bukan ini yang aku nak cite sangat.

Sampai je tapak kaki aku kat dataran tu, dalam hati aku cuma nak aim mana dia bilik BLACK!! Memang berkobar-kobar gila ah! Mamat Sepah dengan Yassin yang jadi emsi tadi. Tak brape lawak sebab Mamat suka merepek. SORRY. hakikat.

Pastu,aku ternampak satu khemah putih kat blakang pentas. HUH! Laser kat mate aku teros target situ! Aku pun pergi berdua dengan member aku,Nazihah! Yang lagi tiga konon malu takmau ikot. Kalau malu bila lagi nak dapat bergambar kan!! Jadi, aku peduli hape!!! JANJI AKU DAPAT JUMPA BLACK!

Pegi-pegi,tengok2 ade bodyguard kat situ. Alaaaaaa... Aku pun berdiri dengan Zihah dgn Faezah. Tiba-tiba kan, aku ternampak group Kristal kluar dari khemah tu!!

Aku : Tu Kristal kan weh???

Zihah: Hah yeke??

Tiba-tiba Zihah jerit!!! Aaaa! Aku pun jerit otometik! HAHAHAHAHAHA. Aaaaaaaaaaaa!!! Kristal!!! Rudy pandang ktorang!! Dia senyum!! Siap babai lagi!! Aku ngn Zihah dah macam kena sawan babi tiba2 rasa macam nak pengsan. :P Diorang naik kereta Saga pegi mane tah. Makan kot. 

Pastu, Black pulak kluar!!! Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!
Ramai gila yang cover dia!! Geram betul! Apsal artis lain korang tak jaga baik punya??  GRRRR... Kate abang situ,tunggu Black habis perform baru boleh tangkap gambar. OKAYYY..

Masih lagi aku bersama Zihah dan Faezah. Waktu Black perform, aku naik atas pentas terus!! HAHAHAHAHA. Duduk belakang la tapi. Tapi orang boleh nampak la. Sampai la Yard,Mimi ngn Mira nampak aku dari bawah. HAHAHAHA.

Black nyanyi lagu banyak sangat. Lalu aku bergambar la kejap dengan Yassin ngn Mamat.

ngan Yassin :) kami BFF

faezah,mamat,aku

Lepas tu, aku pun dok congok tunggu Black. Black bukak jaket, letak tepi. Pastu dah nyanyi-nyanyi,dia bukak kemeja pulak! Dia campak kat tempat prempuan!! Aku hanya mampu melihat dari jauh. GRRRRR. Sebab aku belakang pentas!!! HUHUHUHU.

Lepas habis nyanyi, Black pun pegi belakang pentas. Aku dengan pantas pegi kat dia. MUAHAHAHA. Teros pegang lengan dia yang basah dengan peloh tu. HIHI. *takpe,peluh pun ai sukeee* 

"abang Black, nak tangkap gambar."

"boleh-boleh. Jom kite pegi situ."(pegang tangan ai yuuuu)

Sampai je kat "situ" aka khemah dia,heheh, dia msuk, rehat kejap. Aku tunggu luar. Tiba2 tah dari mane tah manusia2 pun muncul dengan sangatlah ramai!! Huarrgghh! Memang pack gila ah wa cakap sama lu!! Berduyun-duyun! Tapi aku berhasil mendapatkan beberapa gambar. Siap kepit-kepit lagi. Tarik-tarik. Ewah! *kau lupa batas agama ye Nad!!*

Memang tak ingat ape lah tadi. Dah macam orang hilang akal tau tak! Nampak Black memang sampai menusuk kalbu lah! Jantung degup laju tak habis-habis. Tangan sejuk tiba2. Huahuahua.

HEHEH. Tiba-tiba aku sengih sorang2. Aku rasa gambar aku banyak gila ada kat kamera manusia lain jugak. HEHEHE. Mencari pablisiti sbntar tak mengapa kan??? HAHAHA.

Balik tu nampak la akak2 yang dapat kemeja Black dok tercium-cium. GRRRRRRR.. Skali ktorang naik bas sama pulak! HEHEH. Teros macam best fren forever ngan diorang. HAHAHA. Aku pun nak cium jugak baju tuuuuuu... Muahahaha. Akak tu bagi!!! Lalu ku cium. Ermm..wangi!! HAHAHAHAHAHA. 

Yang penting aku PUAS!! SANGAT!! *wuuu macam bernafsu je bunyi nya!* Balik tu dah nak dekat pukuk 11.30 tau. Memang ingat dah takde bas nak anta ktorang balik umah lah. Memang niat nak jalan kaki je. Tak kisah lah 3km ke ape. Janji dapat tatap Black puas2. HAHAHA. Rupanya ada!!! YAY!! Pakcik bas ada lagiii... HIHI. 

Nak tengok tak gambar2 aku ngan Black??




Opp opp opopop! Cukup la eh?? HIHI. Saya peminat fanatik Black aka HANIFAH HANAFIAH. Jangan tanya kenapa. Aku sendiri tak tau kenapa. Suara dia,kisah hidup dia kot yang buat aku rasa aku gila-gilakan dia. HEHEH. Aku tak kisah la kalau Fizo Omar ke Aaron Aziz ke depan aku. Janji jangan BLACK!!!
 I  ♥ YOU BLACK!! :P
Aku tulis apa aku suka! 
kthanxbye

BLACK-part 1

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

"HITAM ITU APA???"

"BLACKKKKK!!!!!!!"

Petikan itu diambil daripada pertanyaan Black, lalu dijawab oleh para penonton!!!

Okay kawan2! Hari ni aku nak bagitau yang aku rasa aku lah orang paling bahagia malam ni!!!!!!!!!!!! Opss. Sorry. Lupa nak perkenalkan. Black tu sape ye?? Okay...dia artis keluaran MENTOR 3 yang menang tempat pertama tu! Artis fevret aku KOT!!!!

Semenjak dia masuk mentor,setiap minggu aku akan tengok dia! Tak pernah missed! Mak aku, abah aku sume tunggu2 turn dia tiap kali nak perform. Aku memang kira PEMINAT SETIA yang melampau lah! HAHA. Fanatik yang aku sendiri taktau cane nak cite. Kalau dia bertanding untuk apa2 anugerah,aku akan tonton sambil muka risau takot pitching dia lari. Tapi alhamdulillah tak pernah... 

Macam ni....hari tu aku ada perarakan sempena PESTA KONVOKESYEN UTHM yang ke-11. So,aku terlibat. Jadi,kami beraraklah keliling bandar Batu Pahat. Dalam hujan kot malam tu! Memang kalau nak kencing dalam seluar pun takde hal punye.. Pusing2 lah di bandar itu....

di Batu Pahat. tengok statue tu!
Tak payah la nak kutuk kualiti gambar tu! Handphone murah je KOT! Mane ade Cybershot! Mane ade Blackberry ke iphone2,3,4,5 ke... Handphone murah je! Waktu ni senja. Sementara nak tunggu perarakan bermula,kami bergambar di sini. Lalu diberi satu kertas!

 
tengok yang aku bulat tu

Kertas tu aku tak buang kot! Takot nanti aku terlupa tarikh! HEHEH. Jadi aku simpan dengan penoh cermat. Walaupun dah lembik kene ujan,dah terkoyak2,aku simpan lagi. HAHAH. Justeru itu, aku menyimpan hasrat untuk berjumpa dengan BLACK!!! 

Hari berganti hari, aku menggila di laman muka buku sehari sebelum kejadian. Menggila babi buta tibe2. Aku tuka prof pic aku jadi gambar BLACK! Antara aktiviti gila aku:





*klik kt gmbr tu klau nak tgk besa ckt*

Aku hampir gila bila tau Black nak datang. Tapi malam tu aku dikejutkan dengan satu link yang diberi oleh kawan aku. Nak tengok tak? gambar yang menyakitkan hati <----sila lihat. 

Lepas tengok link tu,aku jadi tak boleh tido malam. Sakit hati punya pasal. Sebab gadis itu adalah rakan sekelas ku. Jadi aku wajib cemburu. =.=' HEHEH. Dan malam tu,aku tido pukul 3.30pagi. Gara-gara gambar itu. HAHA

*bersambung*

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye


Monday 24 October 2011

pabila emak dan abah melayan lagu klasik.....

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Tajuk di atas itu sudah dibaca bukan?? Itu bermakna kali ini aku akan menyentuh tentang perkara yang berkaitan. Gara-gara aku ternampak seorang kawanku menge'post' statusnya sebegini, jadi aku tiba-tiba terasa nak tulis pasal ni. HEHEH.

Kita ada banyak genre muzik kan?? Dari zaman warna itam putih sampai dah colorful ni, makin banyak jenis muzik yang diperkenalkan. OKAYY. Aku bukan nak tulis essay tapi aku tah mengapa tetiba jadi sangatlah skema ini malam.

Saudara saudari pernah dengar lagu klasik?? Tahu tak macam mana bunyi nya lagu klasik ni?? Rentak dia smua tahu tak?? Bukan hangguk-hangguk kepala, nak terhuyung-hayang liang liung liuk lentok badan eh. Rentak yang sangat lah indah, tenang, tenteram dan menyenangkan. 

Walaupun hakikat nya memang sebegitu, tapi korang nak tau tak kalau aku dengar lagu klasik aku akan jadi macam mane??? Kalau stok lagu-lagu Allahyarham P.Ramlee tu aku layan... Tapi...kalau lagu yang smua suara soprano, suara stok opera punya suara............errrrrrrr..

Disebabkan zaman skrang lagu rentak yang heavy2, yang lirik tak de makna tu selalu berkumandang di corong radio, mak dengan abah aku jadi tak gemor nak dengor radio!! Tiap kali masok kereta, kalau bukan pasang CD lagu2 pilihan diorang, mereka akan dengan senangnya menukar frequency KLASIK NASIONAL!!!!

Entah kenapa secara otometik aku akan rasa macam cacing kepanasan!! Suara2 yang buat aku mengantuk itu sangat menggelisahkan hati aku. Tak tau lah knape. Aku akan tibe2 rimas, runsing,lalu akan aku lakukan aksi-aksi ular nak salin kulit kat blakang kete.

"huuuuuuuuuuuu"
(nada perlahan sorang2 merungut kt blkg)

"isk isk isk...knpe radio niiii"
(sungut sorang2 lagi)

aksi salin kulit bermula......
"makkkkkkkkkk.....eee..isk isk...huhuuuu."
(mak hanya toleh sambil menyanyi lagu zaman mak tu)

"makkkk..tukar radio lain makkk... tak sedap pun...mengantuk je dengar"
(muka dah mcm bju yg dlm mesin basuh dah)

mak pun buat taktau sampai aku diam lalu..........

zzzzZZZZZzzzzzZZZZZzzzzzzzzzZZZZZZ

Orang zaman dulu dengan zaman sekarang memang tak sama kan? Tapi aku pun kadang2 tak suka lagu2 zaman sekarang. Prefer lagu dulu2 yang best2 tangkap leleh dari zaman sekarang. CERTAIN lagu lah...

Ni lah aku. Aku sendiri tak faham kenapa aku tak boleh terima. Ada sesetengah lagu2 klasik yang aku boleh dengar. Tapi ada jugak sesetengah lagu yang terlalu membuai2 mood aku sampai aku boleh tertido. Aku bukan nak kritik pasal lagu2 klasik. Oleh itu,aku faham kenapa orang-orang tua yang berumur tu tak boleh terima lagu-lagu zaman sekarang. Heeee.. PEACE YO!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye





Sunday 23 October 2011

alam fantasi=BERANGAN

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Alam fantasi slalunye korang nampak kat mane?? Kalau tengok crite kartun, cube tengok alam diorang cane. Best kan?? Cantik je... Binatang-binatang smua pun boleh bercakap. Baju-baju dia, pemandangan dia, rupa kartun-kartun dia yang comel-comel cantik-cantik kacak-kacak tu... Pernah tak korang terasa macam nak je masuk alam tu?? Aku pernah!!!! Heeee =D

Pernah tak tibe2 je korang rasa macam nak create je alam fantasi tu walaupun korang tahu benda tu takkan pernah jadi pun kan?? Oleh itu,kalian pun melangkah ke step seterusnya dengan berangan... Ade tak?? Tak de? Okayy. Aku pun tak la sampai nak create alam fantasi aku sendiri pulak. Cumanya, aku ni suka sangat berangan.

Bak kata orang tua-tua,berangan boleh buat jerawat naik. Bak kata zaman tok kadok dulu, berangan macam mat jenin buat ape?! Kalau setakat berangan je takde usaha baik tak payah!! Ha..itu adalah antara kata-kata yang selalu jugak lah disebut-sebut. Banyak sangat jawapan negatif yang diberi. Tapi memang lah kan. Ade betul nya jugak. Tapi yang pasal naik jerawat tu, kenapa aku tak pun?? *sebab jerawat kau dh mmg byk pn!*

Kalau korang kan, apa yang korang suka sangat nak angan-angankan? Pasal ape?? Boifren/gefren? Rumah idaman?? Kete idaman?? Anak bape ramai?? Aku tiap-tiap hari berangan ko tau tak! Suka aku lah nak berangan apa pun. Hari-hari aku berangan benda lain-lain. Haaa... Jangan taktau kau..

Aku kan,kalau abah aku suruh parking kete dia kat porch pastu suruh tolong ambik kan beg pejabat dia kan...lepas aku dah siap parking, dengan beg itu di tangan,aku pun akan masuk rumah sambil bagi salam. Pastu aku salam mak ngan abah aku. Konon baru balik dari pejabat. HAHAHA. Pastu aku akan mengomel cakap kat diorang yang tadi banyak keje lah ape lah. Diorang pun melayan. Masalahnya mak abah aku pun dah masak sangat dengan aku yang kuat berangan ni.

Banyak sebenarnye yang aku slalu praktikkan. Tapi takkan nak tulis satu2 plak kan. Tapi kenapa eh? Kenapa kalau berangan tu, kadang-kadang teruk sangat sampai sengih ke telinga,pastu yang memang tak boleh dibendung tu,sampai tergelak-gelak macam monyet pun ade. HAHA.

Kalau yang tengah angaU berangan....ini lagi nauzubillah... Yang ni lagi terok. Dok terguling-guling atas katil, dok gentel-gentel bucu bantal... Ini memang tak boleh tolong. Tahap kritikal dah tu. Tapi aku tak pernah kritikal sampai macam tu OKAY! Aku masih lagi boleh kawal. Sebab aku kan tak pernah angau bercinta. Mane la nak tau macam mane situasi sebener.. HEHEH.

Konklusinya aku suka berangan. Jangan tanya "HOI KO TAKDE KEJE LAIN KE SLAIN BERANGAN??" Tolong jangan tanya soalan ni. Sebab itu memang keje aku di waktu lapang. Harap maklum. HAHAH.

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye

 

Sunday 16 October 2011

peribahasa

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Aku cuma nak buat pengetahuan berani mati. Aku tak reti berperibahasa. Kalau ada lawan balas peribahasa,aku orang paling pertama skali angkat kaki.

Dulu2 aku tak perasan tau yang aku ni tak pandai berperibahasa. Yelah,dekat sekolah rendah mula2 dulu banyak belajar simpulan bahasa, penjodoh bilangan. Masuk je menengah atas, aku baru prasan yang aku tak reti berperibahasa!

Sebab aku berkawan dengan sorang makhluk yang suka berperibahasa. Jadi, mulai hari itu, aku pun baru perasan kelemahan aku. Sangat sakit hati bila dia boleh berperibahasa dengan fasih. Mengumpamakan sesuatu dengan fasihnya dia berfalsafah. Erggghhh.

Dan setelah itu, aku baru jelas nyata dan terang benderang pabila aku menjawab soalan percubaan SPM kalau tak silap aku. Ada satu peribahasa yang jawapannya sepatotnya "lembu punya susu,sapi dapat nama." Tapi korang tau aku jawab ape??? Disebabkan jawapan tu boleh lebih dari satu, dengan sangat keliru celaru terharu nya aku menulis.....

  1. kerana lembu, sapi dapat nama.
  2. sapi punya susu,lembu dapat nama
  3. lembu yang punya susu, sapi dapat nama
TENGOK!!!!!!!!!!!!!!!!! Sangat terserlah kebodohan aku dalam peribahasa!!! Cikgu aku waktu tu siap buat tanda soal lagi dekat tepi2 setiap jawapan yang aku tulis tu!!! Aaaarggghhh!!

And even worst!! Waktu SPM!!! Ada satu perkataan yang kena construct ayat. Perkataan tu HIRUK-PIKUK!! Adakah anda masih ingat??? Sila recall balik! And nak tau?? Aku LANGSUNG TAKTAU makna dia!!!! And ayat yang aku buat...TETTTTTTT!! private&confidential! HAHAHA.

Balik2 rumah,aku buat muka mintak penampo depan mak aku. Dan dengan bangangnya aku cite kat mak aku. Mak aku membebel tak hingat punye hari tu!! "Itu pun taktau ke?? Eee kamu niiii!! Bla...bla..bla.." Pastu aku ingat aku nk diam je. Mak pegi cite kat kakak aku pulak!! Aaarrrggghh!! Mulut minah tu lagi la sakit nak dengar!! Kene kutuk 44hari berturut2. Eceh konon. Tak lah. Sori kak... peace! HEEEE.

Okaylah. Aku mengaku aku tak pandai berperibahasa. Aku paham tu paham.. Tau tu tau... Kalau ko nak aku sebot pasal ape2 peribahasa skrang,aku boleh cakap. Tapi nnt perkataan yang sepatotnya ayam,aku jadikan itik. Macam baru2 ni,dengan yakinnya aku komen kt post FB member aku,aku cakap "ibarat enggang dalam belukar."

Memang bukan enggang kan?? ENAU kan? Okay aku tau aku salah. Aku mmg angkat tangan kalau nk berperibahasa dengan betul. Maaflah. 

Ha! Dok ngutuk aku la tu! SPM aku A+ okay. Bukan nak riak. Tapi nak btau je. Takde niat. Aku tak la bodoh sangat kan. HEHEH.

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye

 


Wednesday 12 October 2011

mari belajar mengeja

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Kew hadapan pembacer-pembacer entriey titew ni, titew nak ucap karn thank you soo muchie muchie much! Titew penat lha hariey niey. Titew puwn ta tao knapew titew penat sangats. Mungkin cebab titew punyer timetable ariey raboo ni ta derr gap langsungs youss. Sampy petang titew adew kelas taow! *MEOOWW. Okayy kucing kolej kediaman aku lalu tadi.*

Rasew mcm dah lamew sgt lha ta tayip-menayip kart belorg nieyh! Esainmern sayew banyark sangats lhaaa. Adooiiiieyyy! Adew sapew2 nak tolong sayew boowart esainmern sayew ta?? Sayew nieyh ta rajien lhaaaaaaaaaaaaaaaaa.............

Sayew skunk tengah bowingk sangat nieyh! Housemates sayew ajark kuar makan tapiey sayew cakap namo ikot. NAMO NAMO NAMO! *nada gedik*

OH DAMN! CUT ALL THE CRAP NADDDDD!! Eh! Nak tau tak?? Aku cukup MENYAMPAH+MELUAT+100PLUS+to infinity OKAYY tahap kemenyampahan aku!

Korang penat tak bace ape yg aku taipkan kat atas tu?? Korang bace dengan fasihnya atau korang bace merangkak-rangkak?? OH YES! Yg bace dgn fasihnye dah sah-sah slalu taip complicated words mcm  tu! HAHA.

Pleaseeeee laaaaahhh kawan-kawan. You olss yg dh tua bangke + tua kerepot ni nak dok mengeja perkataan2 yg mcm bdk tadika/budak takde gigi bercakap??? TOLONGLAH!! Cermin la diri tu sikit! Awak tu dah besar! Nak taip or post something or anything, boleh tak korang taip kasi ayat yang SENANG sikit nak bace??

OHNOOO....encik-encik adam pun ade yang spisis camni!! OH TIDAK!!! Kenapa kau begitu wahai encik-encik adam???? Kalau you jadi boipren i, i ikat simpul bibir you!! Ikat mati punye!! Grrrrrr...

Aku tau lah niat korang nk meringkaskan perkataan tu.....tapi.......... KENAPA??????
Kenapa ayat ringkas korang yang sptotnya ringkas tu jadi mcm PAYAH sangat utk aku bace???

OKAYY..katenye ayat2 tu bukan utk aku. OKAYY fine! Kalau kau cube buat ayat pelik2 mcm tu kat aku, aku gigit-gigit kau dengan pengetip kuku aku!!

p/s: Aku tau ade sesetengah kawan aku yang suka sangat eja peliks2 ni..ai mintak maaf ye yuuu... Ai cakap randomly okayy. And you all yang rase mcm tibe2 termakan cabai..I mintak maaf OKAY! Sila jangan pertikaikan sebab...

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye

 

Tuesday 4 October 2011

ini huruf apa??

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Sila lihat huruf ini dengan teliti.


NI HURUF APA??

W untuk huruf besar, w untuk huruf kecik.
Mesti korang cakap apa la motif minah ni..
Bende macam ni pun nak post kat blog..
Pastu korang pun mula buat muka annoying sambil tangan kat dada, bijik mata terbeliak pandang atas!

OKAYY.. 
Aku tak heran pun.
Tapi cuba korang sebut huruf ni guna mulut korang.
*takkan guna mulut ikan goreng pulak kan*

DABEL YU??

DABAL YU??

DABELLIYU??

DABEL V???

Korang cuba tengok depan cermin mulut korang sebut cam mane.
Pastu suruh kawan/roomate/housemate/officemate korang cakap.
*jangan ko sebut W ni wey macam bahasa Indonesia sudahla*

Okay,ape motif? 
Sebab tadi aku ade terdengar orang tu sebut huruf ni lain 
macam bunyik dia!

Sekian~

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye


Monday 3 October 2011

aku teruja

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Walaupun aku ada banyak esainmen sekarang, jari aku rasa macam nak menaip kat sini. *Padahal esainmen pun menaip jugak. =.=' * Dulu member aku penah share link pasal seorang budak lelaki ni. Dan dah tentu waktu tu aku teruja macam kera dapat basikal. =.='

Tah pehal aku tiba2 rasa nak cari dia ni lagi kat YOUTUBE. Dan sekali lagi aku ternganga.

SUNGHA JUNG
Korang kenal tak? OKAYY. Korang kenal dah sekaranggg... Nama dia tu ha bawah gambo tu. Nak tau kenapa aku teruja dengan dia?? Lu orang tengok sendiri laa...gua takmau cakap banyak. 





Sekian..

Aku tulis apa aku suka! 
kthanxbye

Sunday 2 October 2011

mati hidup semula!! - PART 3

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

HAHA. Apsal la korang curious gila dengan story ni. Ni bukan cite hantu pun. HAHA. It's a HORROR short storyyy.. Kahkahkah!

Takpe. Aku tetap nak sambung pasal gadis yang aku admire gila tu. Ha. Nak tau tak....lepas beberapa bulan, nombor yang macam familiar tiba2 mesej gadis tu tau! HAI katanya. Gadis tu kan jenis tak layan laki. So gadis tu tak balas mesej tu. Nombor tu pun ingat-ingat lupa, malas nak ingat, terus terlupa, terus delete mesej, terus tidoqqq!! =.='

Selang berminggu2 berhari2 kemudian, nombor yang sama mesej lagi cakap HAI! OKAY. Kali ni betul2 kena siasat. Dah kali kedua ni. Gadis tu pun balas.

Gadis : Ni siapa ye?
.........
017******** : Saya A.
.
.
.
A?????!!!!

HIDUP LAGI?????

Si gadis yang normal tadi jadi sawan babi bukan sebab terkejot. Tapi sebab rasa macam nak pegi cari mamat A tu sampai jumpa pastu nak pijak2 nak lenyek2 nak kunyah2 nak seliat2 sampai lunyai!! *kenapa aku pulak yg over?? =.=''*

Gadis bertudung lagi ayu lagi sopan santun tadi bertukar menjadi maknyah yang dalam kemarahan! 

Hang bukan dah mampoih ka?? Bukan hang dah jadi hantu ka?? Ke aku mesej ngan hantu dia skang ni?? HABAQ MAI SATT!! *knpe ayat mcm Matluthfi??*

Tibe2 si A tu hidup balik! Dah mati pun boleh hidup balik eh?? Ade ke macam ni???? Ilmu ape dia guna?? Dah tu kan, gadis tu dah marah2 sopan macam singa betina kan..A tu tiba2 berubah dan bertukar menjadi SEPUPU SI A!! *Dia bela DORAEMON ke??*

Haishh..cita bodoh ah! Malaih aku nak pikir aih. Sebab aku la gadis tu! HAHAHAHA. GADIS!! Lemah lembut! Sopan santun!! HAHA. Cuba korang letak kaki korang kat kasot aku. Memang ah tak muat kan. Yang muat2 tu...boleh la share2 kasot! HAHA. Hmmm...memang malang ah aku punye nombor ni. Dapat pulak pengidap SCHIZO yang dapat nombor aku. Dua identiti la katakan. Kejap idop. Kejap mampoih  meninggal. SENTAP HATI MAK NAK! 

p/s : aku tak tau la pasai pa hangpa baca entri ni. Siap tak sabaq nak tunggu part seteghoihnya. Trima kasih la nooo.. *ko dok johor await cakap utara?* Kenapa? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanbye


mati hidup semula!! - PART 2

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Sambungan dari Part 1... Nak tau ape reaksi gadis tu bile laki tu meninggal??? Katanya dia tak rasa pape! She's so meannnn! Mesej tu berbunyi begini :

"A baru saja pergi meninggal kan kte smua pukul 12mlm td. Mohon sedekahkan Al- Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat.." 

Gadis tu dengan pantas balas "OKAYY"??!! Serious gadis yang lemah lembut tu pun tak berapa betul jugak mental dia. Macam tak de prasaan je. Teroknya! 

Timbul rasa kejam di hati, gadis tu pun hantar lagi satu SMS. Ucap takziah. Alhamdulillah...akhirnya gadis itu kembali ke pangkal jalan... HAHA. *tu pun sebab dia takot roh A datang cari dia!*

-BERSAMBUNG-

*Ni je aku dapat tulis untuk part ni. Sikit eh? Tak menarik eh?* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye

mati hidup semula!! - PART 1

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Benda ni betul-betul terjadi hari ni. Kisah ni terjadi pada seorang gadis yang sangat pendiam. Gadis ni pernah TERkenal dengan seorang lelaki yang tidak tahu rupanya dari mula kenal sehinggalah ke saat ini. Cara perkenalan diorang melalui pesanan ringkas yang kononnya laki tu dapat nombor gadis tu dari tah mana sumbernya.

Disebabkan gadis itu terlalu baik dan tidak melayan lelaki yang tak dikenali, maka gadis itu tidak melayan mesej2 tersebut. Sehinggalah lelaki itu dengan sendirinya memberitahu bahawa namanya adalah A bukan nama sebenar!

Tanpa endah tak endah,mesej2 itu dibiar saja. Tanpa jemu, lelaki itu menaip mesej berkali2 kepada gadis itu. Dan pernah satu ketika, gadis yang sopan itu memaki lelaki itu akibat perasaan geram yang berkepok-kepok di dada. Diberi amaran pada lelaki tersebut supaya tidak perlu membazir kredit atau masa untuk gadis itu.

Lelaki itu, bagaimanapun akur. Beberapa bulan kemudian, muncul semula. Barangkali, lelaki tu tak penah pegi sekolah! Tetap yang sama. Gadis itu tak mempedulikannya. Sehinggalah suatu hari,lelaki itu menge'text' gadis itu.

A : Salam. Awak,saya ade kat hospital. Eksiden. Dah dekat sminggu.

.....*msg tak dibalas*....

A : Awak,saya accident. Kat hospital ni.

Gadis : OKAYY

A : Kejamnya! Bukan nak ckp kesian ke,nak tanya ok ke tak ke..

Gadis : Dh blh msg tu ok la kan.

A : Tak...tak ok. Tgn patah. Kaki patah. Saya koma dah tiga hari. Ni baru sedar.

...*x dilayan*...

A : Awk tak kesian kt saya ke??

=.=''
Kenapa mesti wujud orang macam ni??

Gadis : Take care. Bye.

Crite tak habis lagi. Esoknya A tu mesej lagi.

A : Awak sihat? Dah makan??

=.=''
Sape yang sakit skarang ni???
....*msg tak dipeduli lagi*...

A : Sombongnya dia ni... tak pela... 

Gadis : TC. Bye.

Nak tau ape jadi?? Dua hari lepas tu A tu meninggal!!!! Tu pun sebab ada orang mesej gadis tu bagitau. 

-BERSAMBUNG-

*Boleh pulak main sambung2???* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye