Tuesday 23 August 2011

jom balik kampung!!

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Ouh raya sudah dekat! Sedar tak sedar...dah 23 hari kita berpuasa! Okayy aku tau ade yang puase TAK PENUH! Baik kaum adam, mahupun kaum hawa. Yang cik2, makcik2, puan2 hawa ni dah semestilah tak penuh sebab ada alasan munasabah kan... Yang encik2, pakcik2, tuan2 adam ni taktau lah plak apa alasan diorang. 'UZUR' jugak kot?? Okay aku bukan nak cite pasal ni sebenarnye.

Tajuk entry kali ni "JOM BALIK KAMPUNG!!". Aku tau korang smua ada kampung sendiri. Tapi boleh jadi jugak takde atas sebab2 tertentu kan. Itu aku fahamlah. So terms ni slalunya akan sebok sangat dok terkumat-kamit kat mulut korang especially tyme RAYA kan?? 

Bila raya menjelma, semangat nak raya tu memang sangat luar biasalah kan. Yang bekerja dah ngeletek kaki nak balik kampung.. Yang pelajar dah macam cacing kepanasan tak sabar nak balik rumah asik dok tengok tiket bas/train.... Tak sabar nak balik raya la kata kan..

Bila dah ujung2 bulan puasa ni, tyme ni lah semuanya jadi sebok. Mase ujung2 bulan ni lah nak beli-belah.. Beli itu lah, ini lah. Mase ni jugak lah sebok nak buat kuih/biskut raya.. Mase ni jugaklah sebok nak cari kayu2 untuk bakar lemang.. Macam2 lah! Memang ujung2 bulan ni very the busy lah!

Memandangkan tahun ni aku menganggur sampai ke raya, so aku pun terbabit jugak dalam aktiviti2 ni especially buat kuih raya!! Mula2 rasa best + bersemangat. Tapi dah 3 4 jam tu, dah rasa cam patah pinggang plak dok tunggu proses pembakaran di dalam ketuhar. *amboi..ketuhar ko! lama tak sebot. HAHA.* Tapi HONEST memang best lah!

6 tahun yang lepas kitorang satu family kalau waktu2 camni dah memang dah semangat packing2 barang untuk bawak balik kampung. Itu 6 TAHUN YANG LEPAS OKAYY! Tapi sekarang...semenjak pindah rumah baru, *xla baru sangat* perasaan raya nak balik kampung tu dah PUPUS!! Tau tak sebab ape aku cakap prasaan tu dah pupus?? Sebab kampung aku tu,skarang ni dah jadi SELANG SEBUAH DARI RUMAH AKU JE!!! HAHA!!

Orang lain smua dok sebok check keselamatan kereta nak bawak jauh2 nak balik kampung. Orang lain smua dah get ready kain baju, beg roda besar gedabak, toto, comforter... Tapi aku relax je. Jalan kaki tak sampai 3minit dah sampai.. HIHI.

However, still untuk abang, kakak, sdare mara lain yang duduk luar dari kampung aku ni semangat nak balik kampung skrang kan! Dah menggelegak prasaan nak balik raya tu. Yeah, I know! Jom lah balik kampung! Daku menanti kepulangan kalian dengan penuh kesabaran.


p/s : Bagi yang nak pulang ke kampung, sila memandu dengan berhati2 di jalan raya! Ingatlah orang yang tersayang!

 *isi dan jalan cerita mcm x de kaitan sgt dgn tajuk entry la weh!* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye



Friday 19 August 2011

tinggal berbelas hari lagi

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Okay hari ni aku punya mood macam tak tentu hala sikit. Dari semalam lagi... Lepas tu mood aku bertambah2 dabel mabel tak tentu hala setelah aku termengada-ngade bukak link2 yang aku terserempak kat Facebook pasal mak ayah ni!

Memang itu padahnya bila aku dah tertengok video2 yang WAJIB buat aku TERSENTUH, TERMENANGIS!! Aku akan jadi sedih, teringat2 dan menangis2 tak tentu hala! *takla meroyan plak*

Saki-baki hari yang tinggal cume ada berbelas hari je untuk aku ada kat rumah depan mata MAK ABAH!! Selama berbulan aku duduk kat rumah, aku tak la rajin sangat. Tapi yang pasti, aku SERONOK dapat berkepit dengan mak abah!!!

Dari Tingkatan Satu aku ditakdirkan untuk berpisah dengan mak abah lepas aku ditawarkan ke SBP Sains Teluk Intan (SEMESTI)... Dekat je pun... Tapi waktu aku dapat tawaran tu aku menangis2 taknak pegi. Mak abah paksa aku pegi juga dan aku turuti kata2 mereka. Amazingly aku TAK nangis pun bila mak tinggalkan aku sorang2 kat sane. BELAJAR BERDIKARI!! Perkara paling berat bila aku kat sane lakukan adalah ke publicphone and call mak! Mesti rasa nak nangis. Orang cakap aku anak manja! Tapi aku rasa TAK! Cuma aku memang mcm ni. Mudah menangis. Tiap2 minggu mak datang. Nampak batang idung aku muncul, mak dah berjurai2 air mata dari jauh. Dekat ape lagi kan?? Okayy! Aku PANTANG tengok mak nangis. Tapi aku keraskan hati berlagak COOL!

Lebih kurang sebulan, mak slalu tanya ni :

nak klua tak?
mak daftar Convent balik ye?
mak jumpe pengetua Convent tanya dulu ye?
.
.
.
mak dah confirmkan dengan pengetua Convent.
nanti abah datang ambik tau.

Tanpa tahu menahu abah datang hari apa, hari Rabu kalau tak silap abah datang tiba2. Aku cam terkejut jugak. Tapi buat muke slumber, aku blah. Kene kaunseling, tapi mak dah ajar bagi alasan siap2!! HEHEH. Memang aku ikot abah balik dan bersekolah semula ke Convent lah kan.. Aku takde hal pun kalau duduk asrama sbnanye.. Mula2 biasalah kan. Tapi dah mak asik tanya nak tuka balik ke tak,mesti la aku nak. Mak dah usaha dah... Mak rasa macam aku ni dihantarkan ke penjara katanya!

Okayy! Balik je rumah, kakak cerita kat aku :

mak asik nangis je bile ko takde.
ayam sekor yang mak masak kalau kau ade,mesti habis. tp bile ko xde,x luak pun!
blablablablablabla.....

Fasa sekolah menengah habis, diteruskan dengan fasa asasi plak. Dipisahkan lagi daripada mak abah. Tapi aku dapat dekat je! MATRIK GOPENG! Mak abah tak datang lawat tiap2 minggu. Tapi abah slalu datang tiap2 bulan ambik aku bawak balik rumah! Waktu tu best je sebab takyah susah2 cari bas nk balik rumah. *untungnya lah kan??* Tapi penah aku usaha balik sendiri naik bas dan aku berjaya pulang dengan selamat!

September 7 haribulan aku bakal tercampak jauh dari mak abah. Johor Darul Takzim ye kawan2! Dekat sangat dengan Perak Darul Ridzuan kan?? PERCAYA KE?? Dah sah tak hafal peta Semenanjung ni. Sila GOOGLE PETA SEMENANJUNG sekiranya anda tidak tahu ye!

Di sudut hati aku yang paling dalam, KESEDIHAN YANG MELAMPAU memang tak boleh lari. Aku tak pernah berpisah dari mak abah jauh2 macam ni. Setiap kali mak cuba cakap pasal UTHM yang terletak kat Johor tu, mate mak mesti berair! Dan aku takkan pandang muka mak sebab aku tak nak ikot nangis sama! 

Tadi aku sengaje cakap bahawa aku tak sabar nak ke Johor. Dan ini yang mak respon :

Dah tak sabar nak tinggalkan mak ye??

Rasa macam ada satu tumbukan yang sangat kuat dekat dada ni! Aku salah cakap ke?? Aku diam je bila mak cakap macam tu. Ini antara ayat2 yang mak slalu cakap :

nanti takde sape nk tlg mak goreng pisang..
nanti takde sape nk tlg mak buat karipap..
nanti takde sape nk teman mak dah kat rumah..
nanti mak sorang2 tinggal kat rumah..
nanti takde sape nak gelak2 dengan mak dah..

SUNGGUH ayat2 ni buat aku rasa SEDIH! Perkara yang paling aku suka buat dengan mak, bila kitorang sembang2, lepas tu mak gelak besar sampai penat gelak!! 

Abah pulak tak cakap ape2 pun. Mungkin abah simpan je perasaan sedih tu. Aku yakin abah sedih jugak!! Sejak akhir2 ni, mane je mak dengan abah keluar, aku mesti akan ikot! Taknak duduk rumah sorang2! Dan setiap kali aku tak nak ikot, abah akan paksa aku siap2 ikot abah dengan mak kluar jugak walaupun hanya semata2 nak beli kulit popia. =) 

Dari tadi sampai la sekarang air mata aku tak behenti2 mengalir. Slame ni aku tahan je rasa sedih ni. Malam ni tiba2 terasa nak nangis bila tengok tarikh dah nak ujung Ogos dah.. SEDIH!!! *relax lah weh* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye



tak tau rasa apa

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Korang pernah tak rasa satu perasaan di mana korang sendiri tak tau apa sebenarnye yang korang rase???? Di mana suatu ketika tu, korang sepatutnya rasa marah, tapi tibe2 korang konfius dengan perasaan korang. Sama ade korang ni sebenarnye marah ke ape???

Ataupun, dalam situasi yang sepatutnya korang rasa korang patut gembira lompat2 macam kanak2 ribena, tapi korang jadi sedih plak tibe2! Lebih2 lagi lepas clash dengan encik adam atau cik hawa! Rasa terhiris2 sakit, sedih, tapi ade terselit satu perasaan yang korang rasa "ala...kalau clash pun aku kisah ape??!! Scandal aku dah tunggu nk masuk line untuk declare as a couple!"

Ha! Camne tu?? Pernah tak korang alami perasaan yang tak boleh nak dikenalpasti ni?? Even just once?? TAK PERNAH?? WOW. Kagum seketika. Tapi kalau bagi yang tak pernah tu, aku rase cam aku pun tak tau same ade aku patut rasa kagum atau pelik dengan korang!!


HA!! Nampak tak tu?? I'm confused! So itu lah yang dinamakan TAK TAU RASA APA! Actually aku ade sebab tulis entry ni. Sekarang aku terasa sesuatu yang cam sarat sangat untuk aku rasa, tapi aku sendiri tak boleh nak detect ape sebenarnye yang aku rasa. Hmmm.... *ni je yg ko nk tulis??* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye


Monday 15 August 2011

zackzukhairi punya pasal

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Hari ni aku punya emosi tiba2 tak stabil dan sangatlah gila babi banyak!! Tercetusnya perasaan kurang stabil tiba2 gara2 ZACK ZUKHAIRI!! Korang kenal tak mamat ni?? TAK??? Tak perlu la aku nak describe rambut dia panjang mane, mata dia lebor bape inci, mulut dia bawah idung ke ape kan! Yang penting, aku kenal dia! Dia ni blogger yang sangatlah famous kalau korang baru nak tau. Carilah REALITI KONSPIRASI nanti korang jumpa la dia punya blog! Baca ah! Serious best gila!! *abg Zack, aku promote blog ko ni*

Aku dah lama tau kewujudan dia dalam dunia blogging ni. Dan aku follow smua entry dia yang satu pun aku TAK PERNAH TINGGAL! Dari zaman aku takde blog lagi aku dah follow dia. *skrg blog abg xde button follow. Nape abg zack?? Full lagi ke??*

Sampai la satu hari tu aku promote REALITI KONSPIRASI kat kakak aku... Feedback yang aku dapat daripada kakak aku memang merangsangkan memberangsangkan!! Lalu ZackZukhairi menjadi bahan bualan kitorang.

Lama sangat si Zack ni tak update, aku pun buat hal aku... Sebok jadi pembaca setia orang lain punya blog tapi SUMPAH takde yang melekat kat hati! Dia ni lah 'penggeli hati' aku kalau aku rasa stress study ke, bosan ke... 

Sampai la tadi tiba2 satu status tu aku cakap "nak kawin dgn ZACKZUKHAIRI blh x?". Okayy...memang aku tak add Facebook si Zack ni. So aku tak dapat tag nama dia. Rupanya kakak aku dah add dia dulu!!!! CISS!! Apsal punya lama aku kenal Zack, aku tak terpikir nak add dia??!! Kakak aku siap kasi aku jeles! Dia pancing Zack tanya pasal kad SHELL yang setahu aku kakak aku JARANG GILA isi minyak kat SHELL!! *sakit hati tak hingat tadi!*

Aku sakit hati sangat sebab aku nak add Zack takmau dah sebab dah FULL!!! Kawan melimpah2. *bila plak turn aku nak ada kawan ramai tu* Aku message handphone Facebook Zack.


salam. eh abg zack! asal friend pnoh sgt dah. nk jd kwn jugak!! *muka slumber* dah penoh...tak muat dah nk msok.. :(

Tengah aku dok terhiris2 hati tengok kakak aku berbalas komen dengan Zack kat Pesbuk, tak lama tu tiba2 je dengan sekelip mata, ada satu FRIEND REQUEST!! 

ZACK ZUKHAIRI!!!!!!!

Yes! DIA ADD AKU!! Sebab aku rasa teruja tak hingat gila babi...aku teros approve Zack Zukhairi tu!! Sakit hati / jealous / kecewa sebab tak dapat add Zack hilang lenyap sekali hembus!!!! ZACKZUKHAIRI ADD AKU!!!!! Ko hade ke?? TAK ADE!! *happy tak habis smpai skrg!*

Lepas tu, aku yang teruja ni semangat crita kat kawan2. Malangnya...ni yang diorang respon!

sape Zack tu??
blogger mane??
tak penah tau pun??
famous sangat ke??
handsome tak?? 
tak heran pun...
tu pun nak kecoh!
poyo la ko!

OKAYY!!! Hampir 9/10 tak kenal Zack Zukhairi tu siapa.... (=.=)'' *Abang Zack, asal diorang tak kenal kau??* Takpelah! Aku teros crita kat kakak aku ape jadi!! Ni plak kata kakak aku:

asal ko tak PRINTSCREEN?? Kan ade bukti... Baru la orang pecaye!!
Ape ko ingat orang pcaye ke Zack nk add ko??
Rugi la ko tak printscreen tadiii..

Kata2 kakak aku sampai sekarang buat aku rasa menyesal. Nasib baik mak tak masak hari ni. Gi dating ngan abah tadi. Petang mak ajak pegi bazar cari lauk. Waktu nak pegi tu aku siap pakai tudung tebalik!! Nasib mak prasan! Nak start moto,aku cucuk guna kunci kereta!! Patot tak mau2!! Sampai bazar, aku nampak makcik2 pakcik2 peniaga smua pegang pisau nak cuba bunuh aku sebab tak PRINTSCREEN!! OUH INI BUKAN NIGHTMARE!!! Ini GILA namanya!!! Semua lelaki aku dah nampak macam muka ZACK!!

Memang gila aku macam ni!! Kakak aku la ni buat aku rasa MENYESAL TAK TERHINGGA!! RUGI OH RUGI!!! Tak kisahla korang kenal ke, tak kenal ke Zack tu! Yang penting, bukan senang encik AUTHOR hebat macam dia nak ADD AKU!! Takpelah. Thanx ABG ZACK sebab usaha add aku! Aku happy hari ni! Aku hampir putus asa sebab takleh add ko tadi! HAHA. *ala nad, Zack tu sape je pun?? Poyo lebih nak cite psl dia* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye


'you' is not my voice!

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Lagu yang sering berkumandang di corong laptop/komputer korang bila bukak blog aku ni tajuk dia 'YOU'!! Lagu ni dinyanyikan oleh NUR JANAH ALLIA. She's Singaporian! Ramai yang tak kenal dia. Even aku pun tak kenal.

Kakak aku cari punya cari, jumpa Facebook Sis Janah ni. And I added her in Facebook. Aku add akaun personal dia babe! Dia approve aku! And I post something on her wall and she replied!!!!!!! TENGOK NI!!

kalau rasa tak jelas klik kat gambar ni :)


Nampak tak?? Dia kasi respond kat aku walaupun benda kecik je aku tanya!! Terharu buat beberapa hari!! *berangan buat recording dengan dia* Page untuk fan dia pun aku ada. Eh jangan taktau dia ni ramai peminat OKAYY! Dia dah lama famous. Cuma aku je masih terkapai-kapai tak kenal dia. Skrang aku dah kenal!! Korang yang taktau pun surely baru kenal kan?? Pegi la cari page dia dekat Facebook. Dia sangatlah peramah. Serious tak tipu!

Asal tajuk entry aku "you is not my voice"?? Sebab ada yang IM Facebook tanya "kau ke yang nyanyi??"!!! Takde la ramai yang bertanya. Ade la dalam 3 4 orang! HAHA. *tu pun nak kecoh* Masalahnya, adik kandung sendiri pun tanya. Cam ni bunyi dia :

eh, dalam blog ko tu, ko ke yang nyanyi?

asal??

ko ke yang nyanyi??

kenapa?? macam suara aku ke??

ha'ah. bukan ko ke?? habis, sape nyanyi tu??

Ha tengok!! Adik kandung sendiri bertanya sampai tak caye! Karot gila kalau tu suara aku! *mesti setanding suara sis Janah ni kan??HAHA!* 

Kepada yang lain, ni bukan suara saya OKAYY! Carilah singer sebenar ni dekat Facebook kalau nak tengok muka dia. Ada punya. Lepas ni jangan tanya lagi siapa nyanyi lagu ni sebab bukan suara aku yang nyanyi ni. HAHA!! *asal perasan sgt ko ni?? eee!* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye 



aku penyokong tegar!!

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Semalam, 14 Ogos 2011, lepas berbuka puasa, aku kelam kabut bukak TV channel SUPERSPORT!! Nasib baik tak start lagi. Awal2 je shuttlecock dipukul, aku dah semangat bersorak sorang2. Lalu setelah itu, yang lain pun datang join depan TV.*adik aku je pun!* Bila dah msuk lagi sorang, maka rumah pun riuh rendah macam ada 10 orang.

As usual, kalau pasal perlawanan yang membabitkan piala2 besar, mak aku mesti takkan tengok. Takut katanya! Duduk menyendiri kat dapur. *tapi intai2 jugak.macam tak tau.* Abah datang tengok kejap, blah pegi surau. Memang tinggal aku ngan adik jelah!

Tengah dok sorak2 tak tentu hala, aku terlupa sesuatu!!!

penepuk tangan yang sangatlah kuat bunyinya!
Terima kasih diucapkan kepada sahabat tersayang, FATIN NAJLA!! Thanx sebab kasi aku benda ni. *dari Avon youuuu!* Aku pun tiap kali Dato' Lee Chong Wei dapat mata, aku akan goncang benda ni sepenuh hati sampai memang rasa macam satu kampung boleh dengar. Malangnya, kehadiran benda ni menyebabkan aku dengan adik aku berebut macam beruk! *batak sangat!*

akhirnya Lin Dan berjaya tewaskan pemain hebat negara kita ni

Seperti biasa juga, setelah kalah, aku pasti akan ada suatu perasaan sedih dan terasa nak menangis bukan sebab kalah. Tapi sebab kesian dekat Dato'. Dia pasti kecewa. Apa2 pun, kami tak kisah Dato'! Beliau dah buat yang terbaik pada perlawanan tadi kan?? TAHNIAH DATO' LCW!!

Aku ni penyokong yang sangatlah tegar tau tak. Taun lepas, banyak sangat perlawanan badminton yang aku terlepas sebab duduk kat matrik terperok dalam bilik! Tapi aku usaha bukak YOUTUBE tengok smpai habis game dengan roomates yang lain!! *rindu Dhua, Yana, Ana, dengan Tema! :'( *

Bukan setakat badminton, bola pun tau! Apa2 je perlawanan kalau melibatkan negara aku akan sangatlah bersemangat!! Sapa tak sayang negara sendiri ye tak??


28 JULAI 2011 hari tu aku pegi Stadium Bukit Jalil tau! Bukan pegi lalu depan stadium, aku masuk tengok perlawanan Malaysia vs Singapura tu OKAYY!! Jangan tak tau bahawa aku sangatlah dicemburui oleh rakan2ku. Terima kasih and I love you diucapkan kepada kakak tercinta, NADIA IDAYU  sebab pelawa aku.*aku yang terkinja2 nak pegi sbnanye!*  Thanx too to sis Teha, the one who provide the ticket!

Perasaan dia memang gila berbeza bila tengok live dalam TV dengan dalam stadium!!! Sangatlah teruja dan KAGUM!! And of course bertambah kagum bila kitorang sesat duduk dekat area team HARIMAU MALAYA! Tapi memang perasaan duduk dengan diorang sangatlah bersemangat sebab kitorang nyanyi2 sokong! *sumpah macam konsert GIG tyme tu. Astaghfirullahalazim...* Banyak lagu baru aku belajar kat situ and sampai skrang ingat!!! BEST!!

Memang happening lah walaupun kalah. It's okay Malaysia!! Aku akan sokong Malaysia dengan penuh semangat no matter what!! Because I LOVE MALAYSIA!!! 

mulanya bertiga


bising tak hingat! tgk hon blkg tu!


abg GG, kakak saya, sis Ana, abg Milo :)

bila dapat 1 gol

muke kagum yang mengantuk+penat

Apsal tah pahape sequence gamba ni? Tak pelah. Gambar2 saje dapat dijadikan santapan mata korang. Kalau nak cite pasal ape jadi kat sane memang tak habis sebab banyak benda kelakar dan seronok gila jadi kat sane!! *macam aku sorang je pegi stadium nak kecoh2* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye



Saturday 13 August 2011

HAPPY LEFTHANDED TO ME

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.



Wahai pembaca sekalian, hari ni kalau diikutkan budaya barat, setiap 13 Ogos akan diadakan Hari Tangan Kiri Sedunia! Walaupun aku tau aku bukan orang barat, tapi aku duduk kat Pantai Barat! HAHA. Kenapa wujudnya hari kidal sedunia ni??? BECAUSE LEFTHANDERS' ARE SPECIAL AND AWESOMMMMMEEEE LIKE MEEEEEE!! *overexcited plak!*


=)




Lefthanders' have so many extraordinary specialities!!

SEE!!


Aku ada kaji sikit. Cari2,terjumpalah petikan ni :
Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. 
Aku tak tahu macam mana aku boleh dilahirkan kidal sebab parents aku bukanlah kidal. Even when I researched about how lefthander is born,still the scientists can't explain how this can happen. Because of genes? Yet, there is still a questionmark!!!
Anyhow, I am happy and so grateful to be lefthanded!!! Honest there is so many things for lefthanders' HARD to do! Trying to open up the cans using the can opener, hold the mouse when using it, hold the spoon/fork when eating... But if you get to use to do all this, you'll sure have no problem in doing it anymore! 
Macam2 lagi kalau nak diikotkan kekurangan si kidal. Tapi tengok!! Si kidal sangatlah artistik tau! Aku tak pandai melukis. Tapi kalau aku lukis, tak penah buruk tapi tak cantik lah. Beruntung sangat jadi si kidal sebab aku menggunakan kedua2 belah otak. Bukan bermaksud si kanan tak guna dua2 belah otak. Tapi si kidal lebih SIKIT! 
Mak cakap waktu kecik2, aku suap nasi sendiri pun guna tangan kiri!! Jenoh mak paksa makan tangan kanan. Last2 dengan sendirinya aku makan tangan kanan. Tak senonohnya aku waktu kecik2 kan? Tula tangan basuh berak, tu jugak tangan yang suap nasi masuk dalam perut! HA CANTIK SANGAT!!! 
Aku si kidal yang memang semula jadinya pegang pensel tangan kiri. Ubah tangan kanan asik jatuh. Jadi, sampai ke besar, akulah SI KIDAL!!! Teruja menjadi si kidal seketika sebab tak sangka ada sambutan sebegini. *dulu aku taktau ade sambutan ni.* 
Aku si kidal yang menggunakan otak kanan. Antara kelebihan yang ada pada si kidal adalah muzik salah satunya. And yes I admit it!! Music is one of my passion!! It's a part of my life. The melody,the rhythms were always be my best friend ever!! Abah asah bakat music aku bila abah decide nak anta aku pegi kelas piano. And alhamdulillah I've finished till GRADE 7! Quite dissapointed coz I didnt finish up the last grade just bcause of focusing my SPM year.

Kepada si kidal-kidal yang lain, HAPPY LEFTHANDERS' DAY from me!! Kita istimewa sebab kita si kidal!!! 

"only left-handed are in their right minds!!"

*si kanan jealous kah?* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye


fenomena KCB

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Amende KCB tu?? Bukan GCB yang masok dalam perot mengenyangkan tu! Ni KCB yang nama panjangnya Ketika Cinta Bertasbih! Tau tak cerita ni?? Pernah tengok? At least kalau tak pernah pun, korang pernah dengar nama ni kan?? Kalau terok sangat tak tau cite ni pun, mesti tau lagu yang Melly Goeslow featuring Amee nyanyi tu kan?? Kali ni jangan cakap tak tau jugak!!! Sekeh kang!

ni lah cerita yang sebok dinikmati skrang ni!



Apa best sangat crite ni?? Heboh sangat aku tengok kt Facebook pasal crite ni! *aku la tu.HAHA* Best gila aku cakap kau!! This is best bro! Bukan sembarangan punya crite ni. Asalnya crite ni dari sebuah novel yang kemudiannya diadaptasikan menjadi sebuah filem. Ada dua filem iaitu KCB 1 dengan KCB 2. Kemudian crite ni dilanjutkan lagi dengan edisi2 drama yang berpuluh2 episod.

Aku cakap kat korang, walau puluh episod mane pun, sumpah aku tak bosan tengok!! In fact, aku rasa senang, tenang, lenang, bergenang, macam2 lah kalau tengok cite ni! Apsal terok beno bunyinye? Because I can't describe it with words! Serious tak tipu! Flow crite tu smooth je. Tak macam crite indon lain yang drama beratus lebih yang tak habis2 buat orang sakit hati! Totally different!! 

Cerita ni sarat dengan pengajaran / teladan / moral, macam2 lagi lah. Yang penting, penuh dengan keagamaan!!! Dalam ni ada kisah cintan2, tapi cintan yang memang aku kagum sangat2!! Semua dalam batas agama. Tak pernah sekali dalam satu babak mane2 pun aku tengok diorang bersentuhan!! *kagum lagi* 

Cerita tu memang banyak sangat bagi aku kesedaran. Untuk jadi muslimah yang baik, bukan senang weh! Cakap sopan santun, kawal kemarahan, kesabaran yang melampau tinggi, semua ada dalam cerita tu! Memang aku akan cuba praktikkan dalam kehidupan seharian! Tapi realitinya aku tak boleh berpura2. Sopan santun kalau dibagi ke aku, kawan2 espcially mesti akan gelak dulu!! HEHEH. *aku ganas dan kasar* Kawal kemarahan tu aku boleh laaa..tapi tengok keadaan jugak. Sebab aku HOT TEMPERED! 

Macam mana ni?? Banyak sangat excuse aku ni! Takpe lah. Yang penting, cerita tu memang mengajar masyarakat supaya mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Larangan Allah S.W.T akan aku cuba jauhkan. Aku hanya manusia biasa. Hamba yang lemah yang boleh buat silap dan salah bila2 je.

Marilah kita smua sama2 menghayati crite KCB ni, ambik smua kebaikan dan pengajaran dalam crite tu, dan insyaAllah sama2 kita smua praktikkan dalam kehidupan seharian. Semoga kita semua diberkati Allah S.W.T!! Ikhlas dari hati yang paling dalam! *macam ustazah la ko ni* Kenapa?? Biarlah! 

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye


famous kat youtube aje

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Aku suka memerhati. Jadi, aku rasa macam nak cerita pasal pemerhatian aku ni. Aku tengok zaman sekarang ni dah ramai sangat orang2 yang aku tak kenal famous melalui YOUTUBE je!! Macam mana diorang boleh famous?? Mengalahkan artis yang tersedia ada pun ada jugak tau!! Hebat tak?? Eh hebat lah!! Kau hade??? Tak ade!!!

Kalau nak diikotkan, ramai sangat dah "artis youtube". Budak2 tempatan kita youuu!! Hebat tak mereka?? Ade yang famous based on suara diorang yang suka nyanyi2 lagu orang... Eh, tak hebat yang macam tu. Yang nyanyi sambil main instruments la yang hebatkan? Dan sudah wajiblah diorang yang famous tu!!! Sape je??? Korang cari la sendiri kat youtube kan... Sebab ramai sangat. Tapi memang layaklah nak pemes pun! Suara sedap, pandai main instruments, nak-nak pulak yang boleh compose lagu sendiri tu!!! Itu memang kompem pemes!

Yang tadi tu buat insan2 yang giat rekod video menyanyi2... Yang berlakon pun ada jugak! Yang buat sitkom komedi lah, sketsa muka smua dia jugak lah, macam2 lah. Bidang tu pun dah menimbun dah. Tapi tiap kali tengok mesti rasa kelakar sebab memang best dan lawak pun. Takkan nak pura2 tak nak gelak besar pulak kan!
"awak nak tau tak..tadi kita berak berdarah. lepas tu kan,ada kuar duit syiling!!!"
 "hehehehe...sweetnyaaaa!!"

Kalau tengok video diorang,dengan mimik muka yang melampau lawak tu,memang korang yang ngantok jadi tak ngantok. Serious!! Tak tipu!! Try la kalau nak. Memang itu jela yang korang hadap 24 jam. Pelakon tak ramai pun. Orang nya sorang pun boleh belakon banyak2 watak. Hebat tak?? Hebatlah! Kau hade?? Tak ade!!

Itu satu hal. Yang melilit2 tudung depan laptop yang buat tutorial smua tu pun ada yang famous jugak tau!! Mane tak nya. Kata nak always updated takmau ketinggalan macam orang kampung! Bukak lah youtube! Tu cari akak2 yang femes2 suka buat tutorial tu! Sekali ikot style tudung macam ni,esok bukak lagi nak ikot style lain plak. Lama2 femes la akak tu bila si Timah ajak si Siah dengan si Eton tengok link yang sama. Ye tak?? 

Kesimpulannya, kalau korang rasa korang nak femes jugak, ikot la jejak langkah upload video2 korang yang best2 kat youtube! Tapi make sure ade yang nak tengokla. Kalau agak2 nak kasi orang hempok laptop kat lantai tengok kau punya video, TAK PAYAHLAH!! paham tak ape aku maksudkan ni?? Maksudnya suara tak sedap / lakonan macam hampeh / syok sendiri tunjuk muka bajet comel tunjuk2 muncung tu! *emosi lebih pulak aku ni* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye


Friday 12 August 2011

blood group ABO VS rhesus: positive/negative??

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Kali ni aku nak cerita pasal jenis darah dengan rhesus aku. Bukan sembarangan cerita punya cerita aku nak cerita ni. Ni kisah benar. Tak tipu punya!

Korang tahu tak apa nasib kaum hawa kalau dia dapat rhesus NEGATIF???? Cam ni jadinya...


Tu amende aku bubuh kat atas tu?? Tu bukan kertas graf adik aku tau! Tu yang LINE yang bergerak2 kat mesin canggih tu. ECG (electrocardiogram) nama dia. Asal line dia x normal?? Haaa....macam tulah perasaannya untuk kaum hawa kalau dia dapat rhesus negatif tu. Memang rasa macam jantung tu tak bersenyut  berdenyut dah. Ni la yang pernah jadi kat aku.

Zaman matrik dulu,ada buat eksperimen pasal jenis darah smua ni lah. Semangat habis kitorang nak buat experiment ni. Kitorang kene buat bende ni pairing. Aku berpasangan dengan kak ALNY MARLYNNI!!! Buat sendiri tau. Lecturers tengok je. Ade la jugak tolong sikit2.

Mula2 aku buatkan untuk sis Elle lepas dah dengar briefing sume. Guna lah alat2 canggih tu. Kelip Ketip eh tak tau la nak sebut. Aku pun cucuk macam tebuk sikit kt hujung jari sis Elle. Kluar lah darah... Picit2,bubuh dekat empat bulatan yang ade atas sekeping kad tu.Tunggu untuk beberapa minit,observe dekat satu kad yang ada smua sample darah tu. Cari la yang mana same. Automatik boleh tau group darah sekali dengan rhesus dia.

Next,sis Elle buatkan untuk aku pulak. Nak dijadikan cerita,darah aku macam x banyak sangat keluar hari tu. Lagi banyak hingus aku daripada darah tu. So,bila nak titiskan dekat space empat bulat tu,darah aku sikit sangat. At last,cari la result nak tengok aku yang mana. Sumpah x leh nak detect sebab pudar sangat kaler darah aku. Nampak cam lebih kurang je dengan O NEGATIF.

ni bukan aku punya. aku punya tak tau mana aku simpan. tapi lebih kurang mcm ni la.lagi pudar!



O NEGATIFFFF????? Honest rasa nak nangis.. Ada la beberapa kawan pompan yang lain dah start nangis bila dapat negatif. Sis Elle dengan aku negatif tau. Impian aku untuk berkeluarga ramai terus berkecai...





Kenapa kalau NEGATIF , impian berkeluarga ramai berkecai?? Ha... Ni aku nak share sikit. Apabila seorang wanita mendapat jenis darah yang ber'rhesus' negatif,maka...dia akan mengalami kepayahan untuk melahirkan anak. Jika si hawa berkahwin dengan si adam yang ber'rhesus' positif, maka sangat berisiko lah untuk mereka mempunyai anak. The possibility is just ONCE!!! Tapi zaman sekarang kan dah canggih manggih... Pasti ada cara yang membolehkan beranak lebih dari satu. *sedapkan hati. tapi aku rasa ada!*

Okay. Bagi pasangan yang kedua2 nya rhesus negatif, maka anak2 mereka akan turut SEMUA negatif. Ni apa yang aku tau lah. Aku kaji sikit2 pasal benda ni sebab aku pun si hawa yang NEGATIF jugak. Semua orang nak anak kan?? Ada jugak yang tak nak. *tak beruntungnya..* Tapi as for me,to have children were always my dreams!! NAK SANGAT2!!!

Untunglah bagi yang rhesus positif.... Nak anak satu lori pun boleh... Tapi kita kena ingat!!! Tak semestinya yang positif boleh mengandung. Kemandulan juga boleh berlaku pada sesiapa saja!!! BEAR IN YOUR MIND!!! Takdir, segala ketentuan di tangan Allah yang Maha Agung!!

Hati memang rasa tak sedap je lepas dapat tau aku negatif. Bersedih lah aku. Nak anak ramai, aku kena cari yang negatif jugak. Susahnya... Takkan tiap2 kali nak 'kawan' dengan someone kena tanya rhesus darah. Tu pun tah dia tau jenis darah dia tah tidak.

Lalu lepas beberapa bulan,aku pun pergi ke klinik kesihatan kerajaan. Klinik baru. Banyak aircond wo! Orang pun tak ramai. Baru bukak la kan.. Nurse pun get ready nak amik darah aku. Kat pelipat tangan ni. Dia kata tak jumpa urat aku. Last2,abang MA berjaya ambik darah aku satu syringe kecik tu. *kecik tu pun banyak jugaklah.* Dua tempat kene cucuk sebab urat main nyorok2. Tak kisahlah.

Darah aku dibawa ke makmal dan keputusannya adalah aku...

tgk baik2!!
O POSITIVE!!!!!! Tanpa sedar,aku terseronok sangat sampai aku rasa aku dah mengganggu ketenteraman klinik tu. HEHE... MAAF. Cik makmal tu cek dua kali tau darah aku sebab nak kan kepastian. And YES!!! I am O POSITIVE!!! Muktamad! Tepat! Alhamdulillah..... *sis Elle, Hafz Siri pun positif bila cek kt klinik.expriment hari tu ada la tu silapnya*

Ada juga yang pandang ringan bila aku cerita pasal darah aku yang dulu negatif sekarang positif ni. Kau tak faham memang la kau tak kisah!!! Entry ni aku nak share ngan semua tau! Berguna. Korang smua pegi la check mulai esok kat klinik2 berdekatan... Jangan bunuh diri pulak bagi si hawa yang negatif! Masih banyak ikhtiar lain... Bersabarlah ye. *nasihat orang memang pandai kan aku ni* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye


mini popia

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Nak masuk je bulan Ramadhan,mak aku mesti dah siap2 sedia beli ikan bilis, cili, gula..dalam ratio berkilo-kilo. Untuk apa?? Nama entry pun mini popia. Haruslah untuk buat serunding mini popia ni! Nak buat serunding memang perlukan kesabaran yang lama sebab memang lama nak kasi dia kering betul2. Proses nak buat ni memang kene buat sebelum puasa. Lebih kurang lagi 4-5 hari nak mula puasa pertama mak aku dah siap2 buat dah. Boleh la rasa terlebih garam ke,terkurang gula ke,ye tak? Sebab tu mak aku quit goreng pisang awal 2minggu. Seminggu rehat,seminggu dah start buat bisnes lain plak. *serious mak aku usahawan wanita yang berjaya kat kampung aku tau.* Yeke?? Erk! Okay pape jelah. Tapi memang kalau KAK UJI yang jual,mesti laku licin habis semua! TAK TIPU!

Bila dah start puasa,mak aku pun mulalah menggulung mini popia ni. Untuk tahun ni,alhamdulillah aku ada. Boleh tolong mak buat sama. At least ringan sikit keje mak walaupun aku buat keje macam cikcibo! Kejap ade,kejap tengok tv,kejap online,kejap tido. HEHEH.

Nenek aku setiap hari jalan kaki datang umah aku semata2 nak tolong mak aku kupas kulit popia sehelai2. TAK PERNAH MISSED!! Gulung popia dia tak tahu. Tak reti katanya. Tak kisahlah,embah! Embah datang tolong pun seribu rahmat dah. Terima kasih EMBAH! *embah ni panggilan nenek untuk orang Jawa.* Yes, I'm Javanese! Nope,murtad Javanese. Aku tak reti LANGSUNG cakap jawa. Maaf.


HONEST bukan senang nak gulung mini popia ni. Kesabaran yang tinggi sangat  diperlukan. Setakat ni kitorang baru siap buat 97 bungkus! Tempahan semakin meningkat.  Seorang pun order sampai 37paket buat setakat ni. Dia memang pelanggan tetap lah. Ade lagi ramai. Takkan nak sebut pulak semua kan. HAHA. Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye


hampir putus asa

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Ni entry aku yang kedua. *buat masa ni lalu la lagi aku mengira.* Sehari suntuk aku cuba siapkan layout ni. Nak bubuh chatbox lah, nak taroh music lah. Tapi nak sesimple yang boleh. Biar tak serabut. Tak serabut ke?? Alah...persetankan smua itu! Maklumlah...x pernah buat la kan.. Bila dah buat, memang eksaited nk buat biar nampak cantik habis lah!! Cantik ke?? HAHA.

Aku actually hampir putus asa touch up benda2 ni sebab memang karot smua yang keluar. Tapi aku memang jenis yang tak boleh nak duduk diam selagi apa yang aku buat tak memenuhi kehendak aku.

Tanya orang tu,tanya orang ni...semua cakap tak reti. Nasib sangat menguntungkan apabila kawan kesayangan dari DARJAH TIGA DUA aku ada.. Dia banyak membantuku. TERIMA KASIH RUFAIDA ANIS!! Aku sayang kau! *Betul2 punya sayang tau!!!* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye


Thursday 11 August 2011

budak baru nak UP!

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Aku baru je nak berblogging. Dah lama rasa nak buat benda ni. Tapi disebabkan aku lebih kepada belajar la konon menyebabkan aku rasa malas nak buat blog. Pas habis matrik,aku dok menganggur tak tentu arah. Banyak perkara berlaku. Banyak benda nak cerita. Tapi sebab x de blog,aku cerita pada orang2 terdekat. Bunyi cam kesian gila ye x? Outdated sikit. Eh banyak. Bukan sikit. Tapi aku peduli ape!

Memandangkan aku dah buat blog,aku akan update tiap kali aku rasa nak tulis apa2. *bunyi macam batak nak mampos* Kenapa?? Biarlah.

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye