Friday 19 August 2011

tinggal berbelas hari lagi

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Okay hari ni aku punya mood macam tak tentu hala sikit. Dari semalam lagi... Lepas tu mood aku bertambah2 dabel mabel tak tentu hala setelah aku termengada-ngade bukak link2 yang aku terserempak kat Facebook pasal mak ayah ni!

Memang itu padahnya bila aku dah tertengok video2 yang WAJIB buat aku TERSENTUH, TERMENANGIS!! Aku akan jadi sedih, teringat2 dan menangis2 tak tentu hala! *takla meroyan plak*

Saki-baki hari yang tinggal cume ada berbelas hari je untuk aku ada kat rumah depan mata MAK ABAH!! Selama berbulan aku duduk kat rumah, aku tak la rajin sangat. Tapi yang pasti, aku SERONOK dapat berkepit dengan mak abah!!!

Dari Tingkatan Satu aku ditakdirkan untuk berpisah dengan mak abah lepas aku ditawarkan ke SBP Sains Teluk Intan (SEMESTI)... Dekat je pun... Tapi waktu aku dapat tawaran tu aku menangis2 taknak pegi. Mak abah paksa aku pegi juga dan aku turuti kata2 mereka. Amazingly aku TAK nangis pun bila mak tinggalkan aku sorang2 kat sane. BELAJAR BERDIKARI!! Perkara paling berat bila aku kat sane lakukan adalah ke publicphone and call mak! Mesti rasa nak nangis. Orang cakap aku anak manja! Tapi aku rasa TAK! Cuma aku memang mcm ni. Mudah menangis. Tiap2 minggu mak datang. Nampak batang idung aku muncul, mak dah berjurai2 air mata dari jauh. Dekat ape lagi kan?? Okayy! Aku PANTANG tengok mak nangis. Tapi aku keraskan hati berlagak COOL!

Lebih kurang sebulan, mak slalu tanya ni :

nak klua tak?
mak daftar Convent balik ye?
mak jumpe pengetua Convent tanya dulu ye?
.
.
.
mak dah confirmkan dengan pengetua Convent.
nanti abah datang ambik tau.

Tanpa tahu menahu abah datang hari apa, hari Rabu kalau tak silap abah datang tiba2. Aku cam terkejut jugak. Tapi buat muke slumber, aku blah. Kene kaunseling, tapi mak dah ajar bagi alasan siap2!! HEHEH. Memang aku ikot abah balik dan bersekolah semula ke Convent lah kan.. Aku takde hal pun kalau duduk asrama sbnanye.. Mula2 biasalah kan. Tapi dah mak asik tanya nak tuka balik ke tak,mesti la aku nak. Mak dah usaha dah... Mak rasa macam aku ni dihantarkan ke penjara katanya!

Okayy! Balik je rumah, kakak cerita kat aku :

mak asik nangis je bile ko takde.
ayam sekor yang mak masak kalau kau ade,mesti habis. tp bile ko xde,x luak pun!
blablablablablabla.....

Fasa sekolah menengah habis, diteruskan dengan fasa asasi plak. Dipisahkan lagi daripada mak abah. Tapi aku dapat dekat je! MATRIK GOPENG! Mak abah tak datang lawat tiap2 minggu. Tapi abah slalu datang tiap2 bulan ambik aku bawak balik rumah! Waktu tu best je sebab takyah susah2 cari bas nk balik rumah. *untungnya lah kan??* Tapi penah aku usaha balik sendiri naik bas dan aku berjaya pulang dengan selamat!

September 7 haribulan aku bakal tercampak jauh dari mak abah. Johor Darul Takzim ye kawan2! Dekat sangat dengan Perak Darul Ridzuan kan?? PERCAYA KE?? Dah sah tak hafal peta Semenanjung ni. Sila GOOGLE PETA SEMENANJUNG sekiranya anda tidak tahu ye!

Di sudut hati aku yang paling dalam, KESEDIHAN YANG MELAMPAU memang tak boleh lari. Aku tak pernah berpisah dari mak abah jauh2 macam ni. Setiap kali mak cuba cakap pasal UTHM yang terletak kat Johor tu, mate mak mesti berair! Dan aku takkan pandang muka mak sebab aku tak nak ikot nangis sama! 

Tadi aku sengaje cakap bahawa aku tak sabar nak ke Johor. Dan ini yang mak respon :

Dah tak sabar nak tinggalkan mak ye??

Rasa macam ada satu tumbukan yang sangat kuat dekat dada ni! Aku salah cakap ke?? Aku diam je bila mak cakap macam tu. Ini antara ayat2 yang mak slalu cakap :

nanti takde sape nk tlg mak goreng pisang..
nanti takde sape nk tlg mak buat karipap..
nanti takde sape nk teman mak dah kat rumah..
nanti mak sorang2 tinggal kat rumah..
nanti takde sape nak gelak2 dengan mak dah..

SUNGGUH ayat2 ni buat aku rasa SEDIH! Perkara yang paling aku suka buat dengan mak, bila kitorang sembang2, lepas tu mak gelak besar sampai penat gelak!! 

Abah pulak tak cakap ape2 pun. Mungkin abah simpan je perasaan sedih tu. Aku yakin abah sedih jugak!! Sejak akhir2 ni, mane je mak dengan abah keluar, aku mesti akan ikot! Taknak duduk rumah sorang2! Dan setiap kali aku tak nak ikot, abah akan paksa aku siap2 ikot abah dengan mak kluar jugak walaupun hanya semata2 nak beli kulit popia. =) 

Dari tadi sampai la sekarang air mata aku tak behenti2 mengalir. Slame ni aku tahan je rasa sedih ni. Malam ni tiba2 terasa nak nangis bila tengok tarikh dah nak ujung Ogos dah.. SEDIH!!! *relax lah weh* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye



4 comments:

  1. Memang kalu kita nak berpisah dgn seseorg yang kita sayang sudah menjadi lumrah kita akan merindui mereka...
    tak kire le jauh ke dekat ke asal xnampak je muke da len da rasenye...
    tp sesuatu je ye yang ko kene ingat. walaubagaimana jauhpun kite berpisah drp mak ngan ayah kita...
    kita mesti ingat yang Allah sentiasa menjaga dan memerhatikan mereka so banyak2 la berdoa agar Allah sentiasa menjaga mereka... insya-Allah

    ReplyDelete
  2. em...ye betul tu.. even aku bru kne campak kt johor ni pun aku dh sedih. bersyukurlah sbb aku x kne humban ke sabah sarawak!! HEHEH. thanx kawan!! insyaAllah amin... :)

    ReplyDelete
  3. sabar2.. :) at least masih kat semenanjung.. nk balik boley je kn.. ^^

    ReplyDelete
  4. ha tu lah. buatnye dpt sabah srawak...lagi meraung lah aku. HAHA. syukurlah :D

    ReplyDelete