Monday 15 August 2011

aku penyokong tegar!!

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Semalam, 14 Ogos 2011, lepas berbuka puasa, aku kelam kabut bukak TV channel SUPERSPORT!! Nasib baik tak start lagi. Awal2 je shuttlecock dipukul, aku dah semangat bersorak sorang2. Lalu setelah itu, yang lain pun datang join depan TV.*adik aku je pun!* Bila dah msuk lagi sorang, maka rumah pun riuh rendah macam ada 10 orang.

As usual, kalau pasal perlawanan yang membabitkan piala2 besar, mak aku mesti takkan tengok. Takut katanya! Duduk menyendiri kat dapur. *tapi intai2 jugak.macam tak tau.* Abah datang tengok kejap, blah pegi surau. Memang tinggal aku ngan adik jelah!

Tengah dok sorak2 tak tentu hala, aku terlupa sesuatu!!!

penepuk tangan yang sangatlah kuat bunyinya!
Terima kasih diucapkan kepada sahabat tersayang, FATIN NAJLA!! Thanx sebab kasi aku benda ni. *dari Avon youuuu!* Aku pun tiap kali Dato' Lee Chong Wei dapat mata, aku akan goncang benda ni sepenuh hati sampai memang rasa macam satu kampung boleh dengar. Malangnya, kehadiran benda ni menyebabkan aku dengan adik aku berebut macam beruk! *batak sangat!*

akhirnya Lin Dan berjaya tewaskan pemain hebat negara kita ni

Seperti biasa juga, setelah kalah, aku pasti akan ada suatu perasaan sedih dan terasa nak menangis bukan sebab kalah. Tapi sebab kesian dekat Dato'. Dia pasti kecewa. Apa2 pun, kami tak kisah Dato'! Beliau dah buat yang terbaik pada perlawanan tadi kan?? TAHNIAH DATO' LCW!!

Aku ni penyokong yang sangatlah tegar tau tak. Taun lepas, banyak sangat perlawanan badminton yang aku terlepas sebab duduk kat matrik terperok dalam bilik! Tapi aku usaha bukak YOUTUBE tengok smpai habis game dengan roomates yang lain!! *rindu Dhua, Yana, Ana, dengan Tema! :'( *

Bukan setakat badminton, bola pun tau! Apa2 je perlawanan kalau melibatkan negara aku akan sangatlah bersemangat!! Sapa tak sayang negara sendiri ye tak??


28 JULAI 2011 hari tu aku pegi Stadium Bukit Jalil tau! Bukan pegi lalu depan stadium, aku masuk tengok perlawanan Malaysia vs Singapura tu OKAYY!! Jangan tak tau bahawa aku sangatlah dicemburui oleh rakan2ku. Terima kasih and I love you diucapkan kepada kakak tercinta, NADIA IDAYU  sebab pelawa aku.*aku yang terkinja2 nak pegi sbnanye!*  Thanx too to sis Teha, the one who provide the ticket!

Perasaan dia memang gila berbeza bila tengok live dalam TV dengan dalam stadium!!! Sangatlah teruja dan KAGUM!! And of course bertambah kagum bila kitorang sesat duduk dekat area team HARIMAU MALAYA! Tapi memang perasaan duduk dengan diorang sangatlah bersemangat sebab kitorang nyanyi2 sokong! *sumpah macam konsert GIG tyme tu. Astaghfirullahalazim...* Banyak lagu baru aku belajar kat situ and sampai skrang ingat!!! BEST!!

Memang happening lah walaupun kalah. It's okay Malaysia!! Aku akan sokong Malaysia dengan penuh semangat no matter what!! Because I LOVE MALAYSIA!!! 

mulanya bertiga


bising tak hingat! tgk hon blkg tu!


abg GG, kakak saya, sis Ana, abg Milo :)

bila dapat 1 gol

muke kagum yang mengantuk+penat

Apsal tah pahape sequence gamba ni? Tak pelah. Gambar2 saje dapat dijadikan santapan mata korang. Kalau nak cite pasal ape jadi kat sane memang tak habis sebab banyak benda kelakar dan seronok gila jadi kat sane!! *macam aku sorang je pegi stadium nak kecoh2* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye



2 comments:

  1. same wif me nad, aku pun rse mcm yg ko rse ms chong wei klh.

    wuu bestnya g stadium, jeles ohhhh xD

    ReplyDelete
  2. HAHA. prasaan bersemangat wajib ada. bila dah kalah, sedih pun wajib ada! HAHA.

    takyah la nak jeles.. pegi stadium tu act sesak/penat/lemas. mcm2 lagi lah. HAHA. tp best sebenanye. sgt seronok. pengalaman kan. silalah jeles sekarang :D

    ReplyDelete