Friday 12 August 2011

mini popia

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Nak masuk je bulan Ramadhan,mak aku mesti dah siap2 sedia beli ikan bilis, cili, gula..dalam ratio berkilo-kilo. Untuk apa?? Nama entry pun mini popia. Haruslah untuk buat serunding mini popia ni! Nak buat serunding memang perlukan kesabaran yang lama sebab memang lama nak kasi dia kering betul2. Proses nak buat ni memang kene buat sebelum puasa. Lebih kurang lagi 4-5 hari nak mula puasa pertama mak aku dah siap2 buat dah. Boleh la rasa terlebih garam ke,terkurang gula ke,ye tak? Sebab tu mak aku quit goreng pisang awal 2minggu. Seminggu rehat,seminggu dah start buat bisnes lain plak. *serious mak aku usahawan wanita yang berjaya kat kampung aku tau.* Yeke?? Erk! Okay pape jelah. Tapi memang kalau KAK UJI yang jual,mesti laku licin habis semua! TAK TIPU!

Bila dah start puasa,mak aku pun mulalah menggulung mini popia ni. Untuk tahun ni,alhamdulillah aku ada. Boleh tolong mak buat sama. At least ringan sikit keje mak walaupun aku buat keje macam cikcibo! Kejap ade,kejap tengok tv,kejap online,kejap tido. HEHEH.

Nenek aku setiap hari jalan kaki datang umah aku semata2 nak tolong mak aku kupas kulit popia sehelai2. TAK PERNAH MISSED!! Gulung popia dia tak tahu. Tak reti katanya. Tak kisahlah,embah! Embah datang tolong pun seribu rahmat dah. Terima kasih EMBAH! *embah ni panggilan nenek untuk orang Jawa.* Yes, I'm Javanese! Nope,murtad Javanese. Aku tak reti LANGSUNG cakap jawa. Maaf.


HONEST bukan senang nak gulung mini popia ni. Kesabaran yang tinggi sangat  diperlukan. Setakat ni kitorang baru siap buat 97 bungkus! Tempahan semakin meningkat.  Seorang pun order sampai 37paket buat setakat ni. Dia memang pelanggan tetap lah. Ade lagi ramai. Takkan nak sebut pulak semua kan. HAHA. Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye


No comments:

Post a Comment