Tuesday 23 August 2011

jom balik kampung!!

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Ouh raya sudah dekat! Sedar tak sedar...dah 23 hari kita berpuasa! Okayy aku tau ade yang puase TAK PENUH! Baik kaum adam, mahupun kaum hawa. Yang cik2, makcik2, puan2 hawa ni dah semestilah tak penuh sebab ada alasan munasabah kan... Yang encik2, pakcik2, tuan2 adam ni taktau lah plak apa alasan diorang. 'UZUR' jugak kot?? Okay aku bukan nak cite pasal ni sebenarnye.

Tajuk entry kali ni "JOM BALIK KAMPUNG!!". Aku tau korang smua ada kampung sendiri. Tapi boleh jadi jugak takde atas sebab2 tertentu kan. Itu aku fahamlah. So terms ni slalunya akan sebok sangat dok terkumat-kamit kat mulut korang especially tyme RAYA kan?? 

Bila raya menjelma, semangat nak raya tu memang sangat luar biasalah kan. Yang bekerja dah ngeletek kaki nak balik kampung.. Yang pelajar dah macam cacing kepanasan tak sabar nak balik rumah asik dok tengok tiket bas/train.... Tak sabar nak balik raya la kata kan..

Bila dah ujung2 bulan puasa ni, tyme ni lah semuanya jadi sebok. Mase ujung2 bulan ni lah nak beli-belah.. Beli itu lah, ini lah. Mase ni jugak lah sebok nak buat kuih/biskut raya.. Mase ni jugaklah sebok nak cari kayu2 untuk bakar lemang.. Macam2 lah! Memang ujung2 bulan ni very the busy lah!

Memandangkan tahun ni aku menganggur sampai ke raya, so aku pun terbabit jugak dalam aktiviti2 ni especially buat kuih raya!! Mula2 rasa best + bersemangat. Tapi dah 3 4 jam tu, dah rasa cam patah pinggang plak dok tunggu proses pembakaran di dalam ketuhar. *amboi..ketuhar ko! lama tak sebot. HAHA.* Tapi HONEST memang best lah!

6 tahun yang lepas kitorang satu family kalau waktu2 camni dah memang dah semangat packing2 barang untuk bawak balik kampung. Itu 6 TAHUN YANG LEPAS OKAYY! Tapi sekarang...semenjak pindah rumah baru, *xla baru sangat* perasaan raya nak balik kampung tu dah PUPUS!! Tau tak sebab ape aku cakap prasaan tu dah pupus?? Sebab kampung aku tu,skarang ni dah jadi SELANG SEBUAH DARI RUMAH AKU JE!!! HAHA!!

Orang lain smua dok sebok check keselamatan kereta nak bawak jauh2 nak balik kampung. Orang lain smua dah get ready kain baju, beg roda besar gedabak, toto, comforter... Tapi aku relax je. Jalan kaki tak sampai 3minit dah sampai.. HIHI.

However, still untuk abang, kakak, sdare mara lain yang duduk luar dari kampung aku ni semangat nak balik kampung skrang kan! Dah menggelegak prasaan nak balik raya tu. Yeah, I know! Jom lah balik kampung! Daku menanti kepulangan kalian dengan penuh kesabaran.


p/s : Bagi yang nak pulang ke kampung, sila memandu dengan berhati2 di jalan raya! Ingatlah orang yang tersayang!

 *isi dan jalan cerita mcm x de kaitan sgt dgn tajuk entry la weh!* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye



No comments:

Post a Comment