Monday 12 September 2011

ORIENTATION WEEK

Assalmualaikum.
Salam silaturrahim.

Ini merupakan entri pertama aku untuk September ni. Rabu yang lepas, 7 September aku baru lepas daftar untuk Program Ijazah Sarjana Muda. So dah tentu lah lepas daftar tu ade orientasi kan. Lebih kurang 5hari lah ktorang berorientasi.

Hari pertama aku sampai kat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), macam takde prasaan sangat. Sronok tak, teruja tu adela sikit, takut pun tak! Errr...OKAYY! Nak melahirkan rasa tak puas hati bila smua budak Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat kena tuka hostel kat luar U. Spatotnya aku duduk hostel kat dalam! Yang dengar cite biliknya besar2 belaka,keselesaan yang sangatlah membahagiakan. And at last, budak2 fakulti aku kne pindah hostel luar.

Hostel luar tu rupanya best lah jugak. Bilik aku bilik paling besar dalam rumah tu. Oh beruntungnya. Syukur alhamdulillah... Dalam rumah ni ada tiga bilik. 9 orang dan stiap bilik ada 3 orang dilengkapi dengan sebuah bilik air di stiap bilik. Dan yang paling best,sebelah tingkap aku,tingkap budak laki! HAHA. Setakat ni mata aku dah tengok beberapa aksi tak senonoh. TAK SENGAJA OKAYY! Sape suruh tak tutup langsir!!

oren blok pompan
kuning blok laki.

Setiap orang diberi kupon makanan skali banyak yang dah siap2 tulis untuk makan bila. Dan.....AKU PUNYA KUPON HILANG!!! Ouh damn! Merata cari tak jumpa! Di mana kau OH KUPON! Time nk amik makanan,kakak tu mintak kupon. Yang takde kupon takleh amik makanan. Aku peduli ape. HAHA. Dapat jugak makan. YAY! *sadis gile bunyi!*

kt kolej kediaman


Waktu orientasi banyak refreshment abang tu ajar. And salah satunya GOYANG DUYU!!! Refreshment yang PALING AKU SUKA! 

OKAYY... Bila aku berpecah ngan housemates,aku sorang2. Tak kisah pun sebab aku tak heran pun. HAHA. So bile duduk sebelah,depan,belakang,orang yang aku tak kenal,aku pun macam tunggul duduk sorang2 sambil pasang telinga dengar cite2 mak jemah, cik limah dan sekutunya bercerita.

Cerita yang paling bulu telinga aku GELI nak dengar bile ade sorang minah ni dok tak habis2 nak cite pasal boyfriend. Bagi DOMO lah, bear besar lah, main angry bird lah, hadiahkan HELLO KITTY lah. Oh WHAT THE FISH???!!! Dulu slalu kluar sama2 lah, ape lah, macam2 lah! MELUAT lah MAKCIK! Mesti kawan dia yang dengar pun meluat. HAHA!!

Ade plak spesies yang cerita pasal kawan laki ramai ajak couple. Eh sial la!! Puiii!! *ayat abang long dil* OKAYY. Dia nak btau dia HOT youuu! You tak hot okayy. Dia je hot. Memang rasa macam nak tergelak pun ada bila dengar. Rasa cam kesian plak tengoknya. Ish ish ish.

Last day orientasi tu memang best lah! Ade larian kampus. Aerobik yang sangat syiok!

cik kak ni dah x sbr nk aerobik
Dan yang paling best waktu program LDK. Dibahagi kepada 100 kumpulan. Kumpulan aku ade 16orang. Game yang paling aku rasa kelakar tak hingat bile 4 kumpulan digabung. Pastu smua orang kene lukis muka sendiri guna tangan yang tak pernah korang guna untuk menulis. Lpas tu fasi kutip smua kertas,pastu pakai bagi je kat sape2. Yang laki ambik pompan punya, yang pompan amik laki punya kertas. Masa 5 minit je fasi bagi untuk ktorang guna cari sapa kah gerangan si manusia lukisan itu. Dan aku dapat ini kertas. 


First reaction aku, aku gelak gila2! TAKDE KENING!! HAHAHAHAH!! Memang klakar. Aku tanya siapa punya lukisan takde sape ngaku!! HAHA. Last2, ada satu apek ni punya lukisan rupenye.. HAHA. Muka dia serupa lah dengan lukisan. HAHA. 

Sepanjang sminggu orientasi ni memang sakit kaki lah. Kaki aku bengkak okayy. Rumah aku kat TINGKAT EMPAT OKAYY. Tangga je ada. Aku dah kurus kering. Siyes tak tipu! *jgn auta boleh tak??* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye


No comments:

Post a Comment