Thursday, 22 September 2011

I LOVE YOU BABIEY!!

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

'I love you babiey!' tajuk entri aku kali ni. Sila bayangkan bunga2 sakura turun dari langit sekarang... OKAY STOP!! Takyah lebih2! Ayat tu bukan sebab aku mabuk kepayang dilamun cinta ke hape... Bukan jugak ungkapan dari orang2 yang admire aku. *okay stop prasan Nad!*

-ILYSM- Amende tu??? Sebutan dia kalau bahasa baku lebih kurang "ILIZEM"! Bukan vandalism okay! Zaman skrang kan smua dah canggih manggih... So, every wordings pun kena bertuka menjadi canggih lagi manggih. It's a short form for "I LOVE YOU SO MUCH"!! Ungkapan ni kalau aku nak kira dari sari ke sari...memang aku rasa hari2 aku terjumpa ayat ni! Mostly kat FB lah aku TERjumpa! 

Ayat ni macam dah jadi satu perkara yang sinonim bagi smua orang aku rasa. Macam dah slalu sangat jumpa sampai rasa macam nak muntah darah banyak2 kali. Bukan sebab aku jeles korang mengungkapkan kata-kata ni sampai aku tibe2 nak pertikaikan pulak kan... *ko takde boipren takyah kecoh Nad!* Tapi kalau dah asik orang yang sama je yang post ayat2 macam tu kat status EFBI dia..korang sendiri paham-paham jela kan.

Camne nak cakap eh?? Kadang-kadang aku geleng-geleng kepala tengok status2 cam ni especially bila budak2 bawah umur yang update status macam tu. Bukan akak tak kasi atau tak suka korang nak bercinta... Nak bercinta tu gasak kau lah kan... Tapi ayat2 kau orang ni dah macam ayat-ayat 18SX!! "i love you fucking damn much like hell" la.... "babiey,ai sayang you sampai mati hidup smula slame 7keturunan" la... "i want to kiss and hold you tightly till no space for me to breathe" la.... Jadahnye.... Ish ish ish...

Kalau nak berasmaradana pun, perlu ke nak pampang kat PESBUK sampai nak bagi smua orang bace?? *memang tula tujuan dia,Nad!* Okay..WHATEVER! Bagi aku, kalau nak berkasih sayang tu, tak payah la nak over sangat kan... Ayat tu bia berlapis sikit lah. Tapi betul jugak eh? ILYSM tu dh kire berlapik la tu. Update kt wall boipren/gepren..tulis ILYSM. Mak ko kan ade FB. Mak ko tak tau maksod tu. Ko bodoh2kan mak ko cakap tu kod subjek bahasa Tamil pun mak ko percaya je... KAN?? ILYSM tu aku tak kisah sangat..

Eh aku geli lah tengok status korang yang penuh dengan nafsu tu. Yang jiwang karat sampai mata aku pun berkarat baca pun ada. *sape suruh ko bace Nad!* Dah dia update kt status dia lepas tu keluar kat homepage kita kan...mesti la ternampak. Kadang2 teringin jugak nak tau sejauh mana kehebatan+kehangatan cinta korang yang tengah meluap-luap membara-bara tu kan.

Aku tau...kalau sape2 yang terbaca lepas tu terasa macam tadi ade termakan sambal belacan, mesti dia akan dok muncung-muncung merungut-rungut sumpah seranah aku kan. "Dah takde boifren nak sebok jaga tepi kain orang. Kain sendiri pun tukang jahit yang ukur!!" OKAYY... Marah benor kamu ye, Kak Mah... Maaf lah... Tengok balik nama besar blog aku ni ape kan...

So di kesempatan ni, nak nasihat sikit lah pada korang2 yang tak habis2 nak bernafsu kt status korang tu.  Agak-agak rasa nak update sangat pun,sekadar bersederhana cukup lah.
 Contohnya :

 "selamat malam cinta hatiku awak. esok kita belajar matematik sama2 ye."
atau..
"saya nak cakap skali je kat wall awak. lepas ni saya akan ckp pada hari awk lafaz nikah pada saya. saya nak cakap yg saya cintakan awak."

Boleh pakai ke ayat2 aku tu?? Macam mintak penampo je plak kan?? HAHA! Sukati korang lah nak berkasih sayang macam mana pun. Aku cuma rasa nak tulis apa yang aku suka je. Sebab korang tak habis2 dok panggil boipren/gepren korang BABIEY kan... Saje spell macam tu.. Dah memang korang suka nak membabi2 ni. Buat lah apa korang suka... Aku kan suka memerhati... *sekali aku nampak ko update status cam smua tu...aku hempok ko ngan hammer Nad!!* Kenapa?? Biarlah!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye


2 comments:

  1. nad aku suke ape yg ko tulis nie..hahaha love u la dear...=P

    ReplyDelete