Sunday 15 April 2012

Bersastera Itu Indah

Assalamualaikum. 
Salam silaturrahim.

Hari ini aku terkesima pabila membaca coretan sastera Fynn Jamal.
Aku kagum dengan setiap bait-bait yang cuba disampaikan.
Terkadang bulu roma ku berdiri.
Entah kenapa.

Hari ini aku terpanggil untuk bersastera.
Mungkin tidak sesempurna kata-kata indahnya.
Berbahasa tinggi bukan makananku.
Tidak juga ku kata aku tidak pandai berbahasa.
Bersastera ini cubaan semata.

Entah kenapa.
Terkadang aku merasakan sastera itu sukar difahami.
Terkadang aku membayangkan sastera itu suatu perkara yang bisa mengusutkan fikiranku.
Entah kenapa.

*terdiam sejenak*

Entah kenapa...
Hari ini....
Aku merasakan sastera itu...
INDAH :)

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye  

 

Tuesday 14 February 2012

Cinta Tiada Penghujung

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Hai readers! Blog ni memang agak usang. Dah bersawang! Bukan sibuk, tapi MALAS bermaharajalela! Sepanjang cuti ni, memang sengaja cari satu 'benda' ni! Nak tahu ape benda? Let's check it out! 


 •♥•.¸¸.•♥•.¸ CINTA TIADA PENGHUJUNG  •♥•.¸¸.•♥•.¸


Mesti korang tertanya-tanya apakah ini kan? Ahah! Ini merupakan NOVEL PERTAMA terbitan kawan aku dan ini juga merupakan NOVEL PERTAMA khas untuk aku katanya! *kembang idong lama-lama*

Korang mesti tertanya-tanya kenapa kawan aku tu buat novel ni kan? pssstt..dia lelaki tau! ngehngehngeh! Asalnya daripada mesej je. Aku minat ade laaa sorang jejaka ni. Pastu dok plan cane nak tackle laki tu. Masalahnya, yang teruja nak plan nya si penulis novel ni!! Mase tu, kitorang hanya berangan bagaimana saat2 plan yang dirancang tu terjadi melalui SMS sahaja. Ade la dalam 6 7 mesej yang agak panjang lebar ditaip oleh penulis novel itu. Akhirnya, katanya boleh jadi novel jalan cerita ni. =..='

And aku memang tak sangka dia betul2 nak buat novel semata-mata kisah aku ni dengan hasil tangan dia sendiri. Aku tau-tau je, katenye in progress. Sampai tahap tu aku masih lagi 50-50 sebab macam merepek gila mamat ni nak buang mase buat novel untuk aku kan. Sampai la agak lame tu,masih lagi tak siap2. Lagipun kitorang banyak keje time tu. So aku pun menanti dengan penuh sabar.

First of all, aku mintak maaf sebab kualiti gambar ni kabur. Sebab aku scan benda ni, tulisan dia pulak guna pensel je. And novel ke cerpen ke entah ape aku taktau nak panggil ape 'bende' ni, ha..novel/cerpen/cerita pendek ni dah setahun aku simpan. So faham-faham jela kan. And now, let us reveal the truth! HAHA! Okayy...takde kena-mengena! Ayuh kita lihat apa kandungan si penulis novel ini. Korang boleh klik kat gambar ni untuk tengok dengan lebih jelas dan terang okayy! :)

Awal-awal m/s dah buat aku gelak! =.='
















hanyalah titik titik yang nampak beno dah start malas!








-THE END-
p/s-malas betol nak wat cerita blakang...so rosak cerita ni.... :P
(itu katanya...)

Aku taroh smua ni dalam blog supaya kandungan dia tak pupus. Kalau tengok depan mata secara kasar, novel ni dah tak lama sangat dah nyawanya. Tapi aku akan cuba simpan novel ni baik-baik. HAHA! Kenapa aku terasa ayat-ayat yg aku taip ni macam nak bagi penulis novel ni yang bace sorang je?? HAHA! Dush takyah sengih si penulis novel!

Korang tengoklah ayat-ayat dia. Sangat puitis! HAHA! And ayat-ayat dia...kalau aku jadi cikgu BM dia dulu, aku menangis gila-gila sadis tengok ayat-ayat dia! FAIL!

p/s : Kepada gadis-gadis di luar sana, kalau inginkan novel pertama yang dibuat khas untuk korang, silalah hubungi saya untuk dapatkan keizinan untuk berbicara dengan si penulis novel yang bajet hot konon ramai pompuan gilakan dia! puiiii!! Eheh takde-takde. Hai penulis novel yang sedang membaca! Maafkan aku. Novel ini sangat bermakna buat aku sebab kau dah byk sgt buang mase ko buat benda ni, buang tenaga ko, buang kertas A4, pencil, highlighter.. haiyebiu! :)

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye
  




Wednesday 18 January 2012

it's good to be home!

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Nothing to write actually.
I just feel like....it's good to be home!
Having abah and emak in front of my eyes...
Observing my lil bro's routine..
Watching TV with much wider screen rather than using my Blueberry phone.. =.='
Have a super duper comfort bed...
Showering and swimming inside the bathroom without having to think about others waiting after..
Can press the black and white keys...
Can have the 18degree Celcius temperature..
EVERYTHING!!

It's just that...It's too good to be home! :)

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye

 

Friday 23 December 2011

drama hindustan =..=

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Agak lama tak update. Ade banyak benda nak cerita. Tapi aku rase aku nak update pasal ni dulu!

Tersebutlah kisah,hari ini merupakan 23/12/2011. Hari ni aku bangun tidur agak awal. Perasaan nak mandi pagi aku membuak-buak. Tapi roomate mandi agak lama membuatkan aku meronta-ronta untuk lagi tak sabar nak mandi.

Hari ni merupakan hari ORAL TEST for Mandarin. Jadi setelah bertungkus-lumus menghafal malam tadi, aku teruskan menghafal sampai lah waktu aku menunggu bas untuk ke kelas. Antara petikan hafalan aku:

ni hao! wo jiao Nadira Aqilah,jin nian shi jiu sui.
 Wo lai zi Pili. Wo you si ge xiong di jie mei. 
Wo de ba ba shi yi ming gongwuyuan he ma ma shi jia ting zhufu. 
Mu qian wo jiu du yu Malaixia Dun Hu Xian Weng Daxue. 
Wo de ai hao shi ting yuyue!

HAHA! Okayy..ni takde kene mengene. Aku nak cite lain. Ha. Pagi tu,bas pun sampai. Aku pun naik la. Duduk depan sekali. Seat belah kiri. Yard duduk kat tepi tingkap and aku sebelah Yard. Depan seat kitorang ni ada penghadang. So kalau nak naik tangga bas,orang akan pegang penghadang yang ada besi untuk pegang tu. Haa!! Penghadang ni la menyebabkan cerita hindustan start dalam bas!

Bas tadi pack gila dengan student. Sampai dah dekat tangga dah student berdiri. Muatan sangat pack! Lalu, sudah pasti yang di hadapan berdiri takde tempat duduk tu lelaki! Hmm... Aku memang tak pandang langsung lah. Aku duduk dalam bas tu,aku pandang belah kiri je tengok pemandangan luar. Sambil-sambil tu, berlatar belakangkan bunyi enjin bas,aku berborak dengan Yard sementara nak ke kampus tu.

Kisah ini bermula dari penghadang. Seterusnya kepada Mamat Baju Coklat Seluar Hitam Specky Rambut Wavy Tinggi! Dia pegang penghadang tu. Sebagai pembantu dia untuk tahan inertia bas tu. Dah memang takde tempat dh nk pegang. Sebab smua pemegang orang lain dh pegang. Jadi dia hanya ada besi kat penghadang tu. Oh lupa nak bagitau. Penghadang tu pula sebenarnya macam dh nak tercabut tau! Dah goyang2 ke depan ke belakang. Tinggal tunggu nak tercabut je!

Yang Si Baju Coklat Seluar Hitam tu pegi pegang situ. Aku pun buat tak heran jelah! Sekali entah macam mane,nak dijadikan cerita hindustan..pakcik tu brake bas tu secara tiba-tiba!!!! And dia entah macam mane TERJATUH ATAS AKU! TERDUDUK ATAS RIBA AKU!!!! 

Aku yang dari tadi khusyuk menyembang tiba-tiba terkejut badak rasa macam nak koma!!!! SANGAT SERAM!! Nasib baiklah aku ni species yang kalau naik bas, aku akan letak beg atas riba. Jadi,laki tu jatoh atas riba aku berlapik kan beg aku yang hanya berisikan SEBUAH BUKU DAN PENCIL BOX! =.='

Dia jatuh sikit baik punya posing dia tau tak!! Amboih. HAHA! Sebelah ponggong dia kena betul-betul atas peha aku. Sebelah lagi berlapik dengan beg! HAHA! Macam bangang gila vavi!!! Dia macam dah terduduk tu,lepas tu dia terkapai-kapai nak cari pemegang nak bangun balik!!! WAKAKA! Aku waktu dia jatuh tu, badan aku dah menyenget sambil aku dh tutup2 muka dah kot-kot ape benda lain plak jadi! =.='

Lelaki-lelaki yang berdiri tu capai tangan dia. Pastu dia bangun!! Pffft!!! Aku tak pandang dia langsung!! And you know what? Aku usaha tahan gelak tapi tak mampu! Yard dah gelak macam haremss dah kat tepi and aku dah rasa macam nak bunuh diri! Sudahnya aku tergelak jugak. TAPI! Laki tu tak pandang aku langsung!! EVEN NO SORRY pun!! Aku faham dia MALU! HAHA!

Lepas je dia bangun,memang aku asyik pandang tingkap kiri jelah. Pastu buat slumber smbung balik borak. Padahal,hati ni dah menggeletek2 nak gelak+rasa cam nak bagi penyepak walaupun aku tau dia tak sengaja!! Lepas tu,dah sampai kampus, dia turun dulu. Okay! Aku intai dia dari atas. Oh melayu. I tot Chinese sebab cerah. Tapi still tak nampak muka!

..............................

Balik dari kelas, aku pun naik la bas. Aku langkah je kaki naik tangga bas,terdengar bunyi "Pffffffffffffftttttt!!!!"
Aku terus pandang belah kiri! Si Baju Coklat Seluar Hitam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku yang tiba2 malu!!! Dia tergelak-gelak sambil tu nyorok-nyorok muka dekat tingkap!!! Dia tak pandang aku langsung!!!!

Dalam bas tu,aku plak berdiri kat belakang. Dia plak duduk depan skali. Aku perhati je dia sampai la sampai hostel! Dalam hati aku ni, "ooo...dah la tak cakap sorry pn! Pastu nak main nyorok-nyorok muka ngan aku ye! Aku cam lah rambut kau yang pendek wavy tuuuuu!!!" 

Time nak turun bas tu, aku kan berdiri. Usually yang berdiri turun dulu baru yang duduk. Tapi dia,dah tak sempat-sempat dah. Dia tolak kawan dia suruh keluar cepat-cepat. Nak elak dari aku la tu!! 

Kawan-kawan aku cakap dia jodoh aku! =.=' Hari ni Jumaat and slalunya apa yg orang cakap termakbul katanya. Tapi aku pun tak kisah. Dia pun not bad whaaaaaatttt. :3

HAHA!! Yang pasti,aku rasa benda ni kelakar gila! Lelaki jatuh atas perempuan! Pfffft. Cara dia jatuh siap kaki terangkat dengan tangan terkapai-kapai tu lagi buat aku rasa KELAKAR!!! And lagi satu, Yard cakap punggung dia besar. HAHA! Aku tengok leper je. pffft! 

p/s: Kalau awak yg berbaju coklat seluar hitam sedang membaca,maaflah. Ini kenangan buat saya! WAKAKA! 

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye

   

Monday 5 December 2011

Ombak Rindu

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Hai readers! Kawan2 yang setia baca, kawan2 yang tak penah bace, HELLO! Aku kembali semula buat kali pertama dalam bulan Disember! Sorry lah sebab lame gila tak update blog. Bukannya BUSY pun aku ni. Cuma,aku sibuk dengan benda-benda karot. Cam tengok movie, layan fesbuk, makan, tido! Tu je pun. Homework?? Oh aku takde homework. Kalau ada pun,aku dah siap awal. Kalau ade pun, kadang-kadang aku buat taktau,dah nak anta baru aku buat! Okay fine! Aku memang pemalas kat sini. So what??

Okay. Aku taknak rosakkan mood aku. Plus,korang nampak kan tajok entri aku kali ni??



Aku nak promote crite ni kat korang. Pegi la tengok bagi yang tak tengok lagi. Memang la agak banyak scene yang sensed mensed! HAHA. *sensored okeh* Kalau agak2 nak bawak budak2 kecik tu,tak payah kot. Kalau nak bawak jugak, p tengok Puss In Boots 3D tu! HAHA! 

Crite ni serius best aku cakap kt korang! Aku ni berjiwa sensitip sikit. So,aku memang asik meraung lah tengok filem ni. Siap dengan dia punye lagu yang menusuk kalbu tu kan! HAHAH! Aku memang over sikit kalau crite sedih2 camni. 

Setiap part dalam cerita ni menarik bagi aku. Ada yang cam klakar, ada yang menyampah, ada yang sedih.. Okay..agak kelakar sebab aku nangis,menitik2 air mata,sampai tudung dah boleh kena perah! HAHA. *okay ni aku tipu* HAHA. Tapi, yang pasti aku memang nangis terok.

Aku keluar panggung je,aku rasa ngantok! Okay,itu tandanya,mata aku berat! Masok toilet..mata sepet!!! HAHAHA! Power betul crite ni smpai terok cam tu aku nangis. HAHA. 

Sekarang, aku rasa cam nak tengok lagi cerita tu! And kalau boleh aku nak tengok weekdays! Sebab slalunye weekday orang tak ramai kan... Aku ingat aku nak pegi tengok lagi,pastu cari seat jauh2 dari orang. Pastu nak nangis sorang2 puas2. HAHA! Over tak bunyi dia??? HAHAH!! Aku rasa memang over! HAHA!

Kenapa aku boleh nangis terok ha tengok cite tu?? Bukannya aku ada boifren pun. Bukannya aku punya jalan hidup sama macam watak si Izzah tu pun. Oh aku lupa. Aku memang macam ni. Aku tak boleh tengok orang nangis,cerita sedih ke ape. Aku tengok Bersamamu pun aku nangis. =.=' HAHA! 

p/s: Bagi yang plan baru nak tengok tu,nanti sediakan tuala okay! Tisu tak cukup! HAHA!

Aku tulis apa aku suka!
kthanxbye



Tuesday 8 November 2011

BLACK AGAIN~~

Assalamualaikum.
Salam silaturrahim.

Hello hai hola hoi hei hui hohooooohoi! OKAY STOP NAD! 

Memang agak lama aku tak hapdate belog aku. Mungkin sebab keterujaan aku terhadap apa yang telah berlaku tempoh hari masih lagi segar sampai la semalam. Tapi hari ni tiba2 keterujaan tu pudar sikit. Entah kenape. *sebenarnye aku sakit perot berak non-stop taktau makan ape =.='*

Sepanjang aku di perantauan, aku sangat lah tak sabar nak balik kampung. Perasaan tak sabar ni normal lah bagi students aku rase. *tak payah nk poyo mcm ko sorg yg tgh blajo!* Sampai je kampung...bla bla bla....

Sampai la semalam aku pergi rumah nenek aku. Ade sanak saudara di situ. Mak aku tibe2 menguar-uarkan pada sedara-mara aku bahawa aku telah berjumpa dan bergambar dgn BLACK! =.=' Lalu diorang pun nak tengok bukti-bukti sahih itu.

Aku pun tunjuk jela gamba yang ade kat hp aku sebab laptop kat rumah kan. Walaupun rumah selang sebuah je,perjalanan aku untuk pulang ke rumah tu perlukan tenaga kan.. So aku nak jimat tenaga! Gambar dalam hp tu blur sikit sebab resolusi dia besau kan. So,kabuqq! Tapiii...yang kat wallpaper aku tu je tak kabur. Tu je satu2nya tak kabur pun. Bukak la...kasi diorang tengok.. Sume pun dok bising2.. Welllll...

Pastu kan,nenek aku pun macam jeles tengok kitorang dok sonok2 gelak2. Dia pun tanya ada apa. Aku pun pegi kat dia. *nenek aku tak sihat lately.so payah gile nk tgk dia happy mcm biase.sob3.Doakan dia sihat macam slalu kwn2.thnx :)* Aku tunjuk hp aku. Gambar dengan black tu.

"lawa budaknya raa.. pandai kamu pilih."

-aku tahan gelak seketika-

"lawa ke embah?"

"ha'ah. orang mane ni?? Johor ke??"

"bukan la embah. dia KL."

"dekat je...lawa budaknya.."

"kitorang nampak secocok tak?"

"ha'ah le. padan!"

OKAY! Nenek aku suka buat aku perasan nampaknye. Memang sah2 lah aku terus2 je berangan ala2 hindustan dengan Black kan.. Hm! 

OKAY. Since last month aku try add Black kat FB tapi tak boleh. I can't add him! Sampai la virus tu spread besaq gila hingga ceq nk add org lain slain Black pun tak buleh! GRRRR. Aku sangat lah rasa tak puas hati dengan FB ni pekehalnye! And I thought of doing the same thing as what I've done towards Zack Zukhairy! MESSAGE HIM! Tapiiii TAK BOLEH NAK MESEJ BLACK LANGSUNG!!! Pasai paaaaa!!

Mula ah rasa cam nak hempok2 laptop walaupun aku tau bukan salah dan dosa laptop ni. HAHAHA. Sampai la classmate UTHM aku sempat mendahului aku dengan menge'add' Black dulu. Tapi sampai hari ni Black still tak approve member aku lagi! So aku cool lagi. HEHEH. Dan aku terus hampa sebab hari2 aku try add Black takmau... *hampa teramat* Yang aku peliknya,add orang lain boleh plak! *kecundang* 

Kemudian setelah beberapa minggu, aku putus asa. Tapi hari ni,tiba2 tah kenapa rasa nak try add Black. Again! TAKMAU! Aku pun try mesej dia. Berjaya!!!! First time berjaya!! Aku ckp "knpe sy tak boleh nak add abg Black?" Then,aku offline. Sebab aku ade program mencuci porch depan rumah bersama ibunda.

Pas selesai mencuci,aku masok rumah. Takde feeling, takde rase pape, aku on9, tgk notification ade beberapa ketul. Nampak friend request sorang tapi buat taktau sebab lately yang mintak aku jadi kawan adalah pak mat padang pasirrrr! =.=' So aku reply dulu komen2.. Tekan la button friend request...

JENG JENG JENG....

mutual fren tu,aku sndiri xknl spe.bdk 1997 lagiii =.='

Ntah kenapa bile tgk dia add, aku tak terlompat-lompat macam beruk, tak terjerit-jerit macam orang gila, tak sawan parkinson smua! Aku cuma panggil mak aku suruh tengok.*aku sakit perot. sbb tu aku tak blh nk eksaited lebih :(* Kemudian,dengan relax and cool aku PRINTSCREEN!!! OH INI WAJIB!! Aku taknak ulang kesilapan yang sama macam Zack penah add aku dulu tp aku tak printscreen!

Oh sangat teruja tapi aku riang ria dalam hati je. Sebab aku pun tak sihat sangat. Dah brpe hari aku selesema. Sakit tekak.. Complete ah. Full package! And aku post kat wall dia to show him my appreciation. 


Dia 'like' status aku pun aku dah kire lega dah. Ade yg cakap itu mungkin FB fake dia or maybe PA dia yang balas and ol. But FYI, tak okay! Ini his personal account and he manages everything himself. Black ada cakap kt info dia. Before this, got someone hack FB dia and change his status lah ape lah. And dia dikecam agak hebat la dgn kawan2 dia. So kesian kan dia? 

Aku tunjuk kat abang aku gambar printscreen aku. HEHEH. Dia lagi sorang buat aku perasan!

 "entah2 nanti ko kawin dengan dia." 

"mane mungkin! dia dah ade gefren ar.."

SEKIAN! HEHEH. Aku tau Black ade gefren. Tak kisah pun. In fact,diorang dah kawan lama dah. Since Black belum masuk mentor lagi. I'm happy for them. Asalkan dia bahagia kan. Yang penting, aku support dia no matter what and I'll always be his extraordinary fan!  •♥•.¸¸.•♥•.¸

p/s: to friend of mine yg dh berjanggut tunggu Black approve tu,bye2.. aku maju ke depan dulu :P Untung2 aku boleh jadi awek angkat dia! HAHA! *kau memang suke merepek+perasan kan nad! sori kak athna! peace :)*

Aku tulis apa aku suka! 
kthanxbye